nuffnang

PCOS - information to all women




Sekiranya anda seorang yang sukar untuk hamil, mengalami simptom seperti haid yang tidak teratur dan mempunyai berat badan berlebihan, anda mungkin mengalami PCOS.


PCOS atau polycystic ovarian syndrome ialah keadaan yang boleh menganggu sistem peranakkan wanita dimana folikel-folikel yang terdapat didalam ovari tidak menjadi matang dan seterusnya gagal untuk mengeluarkan telur. Folikel-folikel terkumpul didalam ovari dan menjadi cysta-cysta kecil yang boleh dilihat melalui ultrasounds scan. Ia berlaku 6-10% dikalangan wanita dan di antara penyebab utama mengapa wanita gagal hamil.

Siapa yang berisiko untuk mendapat PCOS?

PCOS boleh dihadapi oleh sesiapa jua tidak bangsa tetapi umur yang kerap berlaku ialah diantara 20-30 tahun. Ia juga ada kaitan dengan faktor keturunan.

Teori punca PCOS

Setakat ini tidak diketahui bagaimana ia boleh berlaku tetapi terdapat beberapa teori yang hangat diperkatakan:
Kekurangan hormon
Ia mungkin disebabkan kekurangan hormon kerana mereka yang mengidap PCOS didapati tidak mengandungi tahap hormon yang secukupnya untuk ovulasi berlaku. Untuk berlaku ovulasi, hormon FSH dan LH mestilah berada dalam keadaan yang seimbang tetapi ia tidak berlaku pada mereka yang mengidap PCOS. Oleh yang demikian, folikel didalam ovari tidak berkembang dan gagal matang seterusnya tiada berlaku ovulasi.
Kebal kepada insulin
PCOS mungkin juga disebabkan oleh badan yang kebal kepada insulin.ini menanmbahkan lagi risiko anovulasi.
Faktor genetik
Ia mungkin disebabkan oleh penyakit keturunan kerana terdapat ramai dikalangan PCOS mempunyai keluarga yang mengidap PCOS.

Apa simtom dan tanda PCOS?

Terdapat banyak simtom dan tanda PCOS. Tetapi kebanyakkan dari wanita yang mengidap PCOS mengalami simtom yang berbeza-beza diantara satu sama lain seperti:
  • Haid yang tidak teratur
  • Tiada haid selama berbulan-bulan
  • Tiada ovulasi
  • Pertambahan berat badan yang keterlaluan
  • Tumbuh bulu lebat pada muka dan badan
  • Kencing manis

Polycystic Ovarian Syndrome dan masalah kesuburan

Salah satu komplikasi yang terbesar ialah sukar hamil kerana kebanyakkan wanita ini tidak mengalami ovulasi seterusnya sukar untuk mendapatkan zuriat.

Macam-mana untuk mengetahui yang saya mengidap PCOS?

Sekiranya anda didapati sukar untuk hamil, doktor selalunya akan membuat beberapa ujian untuk memberikan diagnosa yang tepat terhadap masalah anda:
  • Ujian darah Luteinizing Hormone (LH)
  • Ujian darah Follicle Stimulating Hormone(FSH)
  • Ujian darah Progesterone/Testesterone
  • Ujian darah prolaktin
  • Ultrasound Pelvis- rahim dan ovari

Bagaimana merawat masalah ini?

Sekiranya anda didiagnosakan mempunyai PCOS, terdapat beberapa jenis rawatan yang boleh menolong anda mengurangkan simtom dan mengembalikan kesuburan anda.
Ubat subur
Ialah ubat kesuburan yang boleh menolong anda mengalami ovulasi.

Ubat perancang keluarga
Pil ini boleh mengembalikan semula hormon anda dan mengurangkan simtom seperti mengurangkan bulu yang berlebihan dan haid yang tidak teratur. Pill ini selalunya diberikan bagi mereka yang tidak bercadang untuk hamil.

Pembedahan


Sekiranya anda mengalami PCOS dan ubat subur tidak memberikan kesan yang memuaskan, doktor anda mungkin mencadangkan prosedur yang dinamakan ovarian drilling.

Ia adalah sejenis pembedahan dimana ovari akan dikorek dengan mengunakan alat yang khas.70% wanita mengalami ovulasi selepas menjalani prosedur ini.

Majlis Perkahwinan Nordahliah, my sis in law


Salam,

agak terlambat nak update gambar kenduri adik ipar hari tu.

Majlis nikah diadakan pada hari raya aidiladha, 27 Nov 2009, pukul 9.00 mlm, diikuti majlis berinai besar. Yang seronoknya pada malam berinai di Melaka ni, pengantin berarak satu kampung diikuti persembahan bunga api pengantin sebelum pengantin ditepung tawar.

Then esoknya dimulakan dengan majlis khatam al-Quran pada jam 10 pagi, majlis persandingan pada tengaharinya dan majlis memotong kek pada waktu petang.

Majlis persandingan yang sepatutnya bermula pada pukul 1.30 ptg ditangguhkan sehingga jam 2.30 ptg, disebabkan hujan yang tidak menentu.

Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar walaupun sampai satu ketika nasi habis dek ramainya tetamu dan kerenah kendarat yang letak nasi dalam pinggan tetamu tak ikut sukatan. Bayangkanlah, budak2 sekolah rendah pun diberi nasi sepenuh2 pinggan. Last2 nasi yang tak habis dibuang macam tu je.

So enjoy the photos taken on that day!



KITCHEN RENOVATION (PART 4)



Yeay.. dapur aku dah siap.. suka bangat!


dapur and sink..


Partially installed


Rack and compartment




Dah siap!


Amacam.. ok tak kawan2?



Santai ujung minggu..


Saja2 menghabiskan masa ari Ahad.. bukan selalu..

sekali sekala ambik angin pas brekpes kat mamak..


Tgk2 orang joging.. tgk jerr..


Usha2 burung gagak.. arkkk..ark.. arkkk..

snap gambar hubby yg tgh control macho..


Release tensen seminggu keje.. kalau hari2 kan bagus..


Dedicated to Dahliah




This post is a special dedicate to my sis in law, who will be married on 28th Nov 2009.

Since I knew her, she’s a kind of nice person, funny and charming little girl.

She’s the sweetheart of the family, she’s my mum-in-law’s best friend. Her mum surely misses her a lot when she moves to new home after getting married.

Some photos taken during her engagement day around 2 years ago..


Model of the year..



Lord of the ring..


Who are those fat peoples here.. Oh My God..


To Dahliah and Hamdi, congratulation on your new life.. Be a good hubby and wife..



Busy


Sangat sibuk 3-4 hari ini. byk nak update pasal home deco / redesign.. tunggu le ada masa baru update ye. daaa...


Budak Gemok Kena Urut

Adegan yang tak selalu dilihat..






Kitchen Renovation (part 3)


Day 1 :

Harini si Sunny (kontraktor aku) datang kejap je.. datang kul 12 kul 5 dah balik.. dia dtg just untuk tebuk dinding nak cucuk besi.. esok start tuang konkrit..


Aku balik keje dah kul 6 lebih.. berdebu satu umah! Tensen aku!



Sampai ke bilik tido pun berabuk.. hantu!



Kitchen Renovation (part 2)

Kerja2 mengalihkan segala perabot sudah bermula. bila alih je, baru le nampak segala kulat minyak yang bertakung kat belakang cabinet dapur tu.. yukkss..
So keje kitorang arini tolong bersihkan je.. esok senang cina tu datang buat kerja dia..


rajin laki aku.. hihi


Kitchen Renovation (part 1)



Kerja2 yang tertangguh sejak bulan puasa sudah hampir bermula. Mula2 kami mendapatkan quotation dari beberapa kedai dan kawan2 yang boleh renovate dapur. selepas perbandingan harga, kami memilih Sunny dan Wong, hubby kawan aku. Harganya murah then aku percaya atas prinsip kawan, mereka akan berikan servis yang terbaik. Kalau tak OK, mampus aku kerjakan member aku nih.. hehe

Walaupun idea asalnya nak menggunakan material dari kaca dan aluminium untuk kabinet, akhirnya kami mengambil keputusan menggunakan formika, bersesuaian dengan bajet.



Tunggu je la apa jadinya dapur kami ni..


Jangan Bermain Api


Sepanjang minggu ni, hot topic kat rumah is pasal kawan kitorang yg tetiba nak pasang dua.

And the problem is, pompuan tu pun sangat2 la kitorang kenal. Both of them are staffs at my husband's company. Aku pun pelik coz hubby tak penah citer apa2 gosip pasal 2 org ni.. and the best thing is when we (the wives) yang dapat tahu dulu.. then memanjangkan citer ni kat hubby masing2 untuk dapatkan kepastian. Hubby kitorg pun semua pelik, mcmana kitorg tau dulu.. sedangkan diorg pun tak confirm gosip ni betul ke tak..

Then the next day diorg buat meeting tergempar panggil mamat ni.. tanya confirm ke apa yg wives diorg ni bwk citer.. and mmg confirm diorg ni ada scandal and sampai dah plan nak kawen dah!

Bukan takat aku je terperanjat, semua kwn2 termasuk hubby sendiri pun tak sangka dgn diorg ni. Berbuih mulut bagi nasihat suruh pikir masak2, pikirkan anak bini, think about all consequence he will faced if he continues his relationship and even sampai kawen.. tapi.. org dah masbuk asmara mmg dah tak peduli nasihat.

Dalam hal ni, aku paling kesiankan wife and anak dia.. this moment aku still percaya yang wife dia belum tau pasal scandal ni.. Ish kesian gila.. dah la kira kwn2 kitorang... apa la perasaan dia bila dah tau.. dan yg paling sedih.. dgr2 citer beserta bukti yg agak kukuh.. mungkin both of them dah terlanjur..

And seriously, when this case happened, we started to think bout our hubby activities.. mencurigai.. memikirkan yg bukan2.. and the good thing is semua wives try to be better and improve relationship with our own husbands.

Apa2 pun aku berharap mamat ni pikir abis2 sebelum buat keputusan atas nafsu semata2.. jgn kerana ada pangkat, ada rupa, ada duit.. terus lupa jasa isteri.. terus lupa anak..

And for that young lady, please.. jangan sekali2 menghancurkan rumah tangga orang atas apa sebab sekali pun. you are still young, there's still a lot of man for you to find out.
Just remember, what you give, you get back.


Sahabat.. Janganlah Menanggung Derita


Pagi raya,tika saat umat Islam bergembira, sahabatku menderita. Maaf kerna diri ini terlambat mengetahui tentang deritamu ini. Derita yang tidak kau duga di saat bahagia yang kau nantikan.

Dari awal dirimu disahkan hamil, kau telahpun memasang angan2 seperti bakal ibu yang lain. Pengalaman yang kau tempuhi dari saat-saat awal kehamilan hingga kandunganmu berusia 8 bulan, benar2 membahagiakanmu. Itu jelas dari coretanmu di dalam facebook tentang kelasakan anak itu di dalam rahimmu.

Sahabatku, terperanjat benar membaca coretan terakhirmu. Anak itu telah pergi! Pergi mengadap pencipta-Nya yang maha Agung. Terdiam aku memikirkan keadaanmu begini. Tidak pernah aku menduga ada sahabatku yang akan mengalami nasib yang sama denganku satu masa dulu.

Sahabat, beban yang kau tanggung hanya dapat difahami oleh orang-orang yang senasib denganmu. Orang lain hanya mampu berkongsi seketika, namun lama-kelamaan mereka lupa derita kita. Bila tiba saat itu, kau hanya mampu tersenyum tawar saat mereka bercerita tentang keletah dan kerenah anak-anak mereka.. dan hiba di hati tak siapa yang tahu. Mereka tidak membaca hati kecil kita, dan cuba memahami derita ini.

Sahabat, jangan sesekali kau merasa kandunganmu sia-sia. Itu anugerah tidak ternilai dari Allah. Dia telah memberi nikmat kepadamu - loya, muntah, sakit dan pening.. kemudian sakit segala badan, dan kemudian membesar perutmu. Dan kemudian diberi nikmat ditendang oleh kaki kecilnya, dan kau dilayan sebaik-baiknya oleh suami dan ahli keluarga sepanjang kandunganmu itu. Jangan kau merasa sia-sia segala sakit (nikmat) selama itu, kerana lahirnya sementara.. kerana itu seolah-olah menidakkan takdir-Nya, sedangnya masih ramai wanita di dunia ini yang tidak pernah merasakan nikmat itu.

Sahabat, jika kau mahu menangis, menangislah sepuas hatimu jika itu mampu meredakan perasaanmu ketika ini. Biarkan derita itu berlalu pergi kerana janji Allah sudah pasti. Anak kecil itu bakal menunggumu di pintu Syurga.. dan itulah bahagia yang menantimu di akhir nanti.

Sahabat, izinkan aku kongsikan nota ini, supaya menjadi ingatan kepada sahabat kita yang lain, dan semoga mereka mendoakan kita diberi nikmat untuk memulakan segala-segalanya.. sekali lagi..


Khairul Anuar Razali
19 Sept 2009

1815 : Water bed wife dah pecah. tapi skit. on the way to Dungun.
1908 : arrive home than berbuka puasa. water bed pecah byk. terus pergi hospital dungun after maghrib pray (solat jangan tinggal)
1730 : doktor still checking
2000 : serious case. admitted to HKT.
2200 : Doktor cakap tunggu sampai pg esok. than baru boleh buat decision. Wife still have no pain although water bed dah pecah. Something wrong with this trainee doctor.
September 29 at 10:20am
Khairul Anuar Razali
Khairul Anuar Razali
20 Sept 2009

0330 : Baru balik tido. tido kat my unty house
0930 : datang balik. pergi solat raya jap. Mak guard tak bagi jumpa wife. mangkuk sungguh
1000 : Ayah long and mak long datang. terus mak guard bagi masuk.mentang ayah long and mak long is someone in the goverment. dasar kronolisme sungguh.
1400 : wife masuk labour room. damn. its have been 18 hours. and i cant go in.
1930 : nurse call me into the labour room 2 after come back from maghrib prayer. and start annoying me. what a jerk HKT nurse are. they said i got to wait until 1015 for another medical review. Listening to all what all that newbie doctor and nurse said to their patient make me sicks. you dont need to shout loud in order for someone to listen. luckily they dont dare to shout at my wife.
2230 : got to talk with the newbie doktor. do the surgery. no used to wait. stupid ass. an engineer making a medical decision. my baby heartbeat is normal.
September 29 at 10:20am
Khairul Anuar Razali
Khairul Anuar Razali
21 Sept 2009

0011 : my baby is in my arms. he was born on 1111 pm 20.09.2009. how lucky to get all that numbers at once. he is very active. he touch my face during the "azan".
0100 : go to see my baby at level 5. after sending my wife back to her room. takes time due to silly problem. the nurse doesnt believe i'm entitled with 1st class services. aku terlampau selekeh untuk menjadi seorang profesional, they said. the baby got problem. he seem to be drowning. during the sucking process, i can see some quantity of water bed have been suck out. goshhh. he is drowning. not good.
0115 : being sent to level 6. ICU. he seem to be stable there.
0345 : back to my aunt house. need sleep.
0800 : back to the hospital.saw my wife first. she seems ok. have a chat with her.
1200 : go to see my boy. nobody observing him. and all alarm light is on. cari nurse. nurse terkejut. doctors rushing.
September 29 at 10:21am
Khairul Anuar Razali
Khairul Anuar Razali
1230 : got explanation from Dr Tan Hooi Kheng . he have congenital pneumonia with severe persistent pulmonary hypertension and cardiogenic shock. oh my God. not good. some cases show positive respond. other than that......
1530 : bring my wife to see my boy. She doesnt know anything yet. i dont have the guts to tell her. letting Dr Tan telling all the thing except the percentage of living. the respond seem positive
September 29 at 10:22am
Khairul Anuar Razali
Khairul Anuar Razali
1900 : got a call from Dr Tan. dont like it. bring my wife together. saw 7 tube of medicine, 1 types of hormone, 2 types of gas and also a life support machine. the BP is dropping. i know my baby is gone that time. but not medically proven yet. because his brain is still alive. Dr Sharifah and Dr Tan is trying to calm us. have a few chat with those doctor and also contacting a few specialist that i know. The maximun of waiting hours is just 18 hours. and most cases, you dont need to wait. still considering the option to sue HKT. have a little chat with my lawyer.
2030 : Adzin Kamil officially been call to meet his creater, Allah. done all the procedure to bring Adzin back by myself. everyone is on the way to Kay Tee.
0030 : Dikebumikan di atas pusara his great-great grandmaa. its raining. quiet heavy but i'm still not that wet.
September 29 at 10:22am

Sahabat, suamiku pernah berkata, Selagi tidak lahir anak itu, belum pasti dia milik kita. Jika dia selamat dilahirkan, juga buka milik kita yang mutlak melainkan Allah semata-mata. Bersabarlah sahabat dan berdoalah. Pasti bahagia yang dinanti akan menjelma jua.

Salam sayang..



R.a.Y.a 2.0.0.9


Salam semua,

Selamat menyambut hari raya aidilfitri..

Aku sempat beraya di Kedah selama 3 hari, then kena balik JB semalam coz hubby dah keje hari ni..

So masa yang ada kat kampung digunakan sebaik-baiknya.

Raya pertama, selepas solat kami berkumpul di rumah aku untuk makan dan bersalaman. Kemudian terus ke pusara ayahanda untuk tahlil dan bacaan yasin.


Mak, mama, my sis dan sesi mintak ampun


Di pusara


Pastu barulah ke kampung abah untuk melawat atuk, nenek dan saudara-saudara abah yang lain.

Ye lah, walaupun abah dah takde, hubungan keluarga jangan diputuskan.

Off road jalan lecak, and with nenek


Apa-apapun, raya kali ni memang agak suram. Dan mungkin juga raya aku yang terakhir di Kedah. Tahun depan, aku beraya di kampung hubby. Dan mungkin hujung tahun depan mama mahu pindah terus ke kampung si Terengganu.

Heroes of the family, and my mum and siblings

Keluarga besar allahyarham Zulkhafri Hj Hassan.
Dari belakang kiri : Idham Nazri (menantu), Khairul Anuar, Mohd Helmy, Nazir Nayan (menantu), Mohd Hafizhon, Mohd Firdaus.
Dari tengah kiri : Siti Zalzaliza, Siti Zalzahila, Mohd Fahmy Izwan, Noorul Azuwar (aku le tu), Nurul Adibah.
Dari depan kiri : Danish (cucu), Siti Kholijah (isteri), Wan Hayati (isteri), Qistina (cucu).


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI!
MAAF ZAHIR BATIN!

Shopping Raya




Dah 2 minggu berturut2 aku gi shopping raya.. Tapi bukan kebaya atau kurung yang dicari, hanyalah t-shirt atau blaus untuk basahan sehari2. Dah jadi kebiasaan setiap kali raya, pasti aku akan belikan pakaian untuk family sendiri dan in-law.

Untuk tahun ini, kami balik beraya di Kedah terlebih dahulu. Sepatutnya giliran di kampung hubby di Melaka, tapi memandangkan aku sudah beberapa bulan tak balik ke Kedah kerana masalah masa dan kewangan, ibu mentuaku bagi izin beraya di Kedah. terima kasih Mak..
Dan tak sangka pula abah pergi mengadap Ilahi, jadi ini adalah saat2 penting untuk aku berada di samping keluarga. Aku sangat2 berterima kasih kepada family in-law aku kerana memahami keadaanku sekarang.

So, untuk destinasi shopping, of coz la pegi jusco.. senang nak cari barang. Plaza Angsana pun ok untuk cari t-shirt tapi jangan le cari baju kurung kat sini.. mencekik!


t-shirt untuk abang & adik2


Polo handbag untuk mama


Untuk diri sendirik..

Ladylike jeans, scarlet blouse dan Polo handbag



Kasut untuk adik2 hero sponsored by hubby.


Untuk family in-law pun ade bahagian memasing, tapi tanak tunjuk kat sini.. tak surprise le lagipun dah nak balik. Untung le tgh sale skrang ni.. huh sale2 pun abih dekat RM700 gak.. taktau apa benda lagi aku beli..


Untuk hubby, untung mak mentua dah sediakan baju melayu untuk kenduri adik ipar aku nanti, kiranya pakai buat beraya la dulu..

Untuk aku?


Oh ye.. aku tak dak baju raya (baju kurung) taun ni.. kuih raye pun takde.. kesian tak.. aku takde mood raya + masih berkabung.. aku nak pakai je baju apa yang ada.

humm.. nasib badan.




Kad Raya dari Zue


Dapat kad raya.. huhu.. thanks Zue!



Majlis Berbuka Puasa (Round 2)




Minggu lepas kami berbuka di rumah Ridhwan dan Azie pd hari Sabtu, dan rumah kak Siti pada hari Ahad.

Ridhwan dan Azie menyediakan mee kari dan berkongsi menu dengan Ejan dan Ina yang menyediakan nasi dagang. memang sedap.. tapi lupa lak nak ambil gambar..


Then hari Ahad, kak Siti menyediakan soto madura, first time aku makan.. not bad lah! Sotonya pun lupa nak ambil gambar.. yang sempat gambar bebudak dengan mak bapak budak.. ngee..


Budak2 leka tgk citer Geng(Upin Ipin)

Bapak2 budak..


Anak2 dara..


Ramadhan hampir berakhir.. berat bdan makin bertambah.. hmm compius?!

Insya Allah, hari Sabtu pg akan bergerak pulang ke Kedah dan singgah di Melaka dulu. Doakan perjalanan kami ye..