nuffnang

Shopping Raya




Dah 2 minggu berturut2 aku gi shopping raya.. Tapi bukan kebaya atau kurung yang dicari, hanyalah t-shirt atau blaus untuk basahan sehari2. Dah jadi kebiasaan setiap kali raya, pasti aku akan belikan pakaian untuk family sendiri dan in-law.

Untuk tahun ini, kami balik beraya di Kedah terlebih dahulu. Sepatutnya giliran di kampung hubby di Melaka, tapi memandangkan aku sudah beberapa bulan tak balik ke Kedah kerana masalah masa dan kewangan, ibu mentuaku bagi izin beraya di Kedah. terima kasih Mak..
Dan tak sangka pula abah pergi mengadap Ilahi, jadi ini adalah saat2 penting untuk aku berada di samping keluarga. Aku sangat2 berterima kasih kepada family in-law aku kerana memahami keadaanku sekarang.

So, untuk destinasi shopping, of coz la pegi jusco.. senang nak cari barang. Plaza Angsana pun ok untuk cari t-shirt tapi jangan le cari baju kurung kat sini.. mencekik!


t-shirt untuk abang & adik2


Polo handbag untuk mama


Untuk diri sendirik..

Ladylike jeans, scarlet blouse dan Polo handbag



Kasut untuk adik2 hero sponsored by hubby.


Untuk family in-law pun ade bahagian memasing, tapi tanak tunjuk kat sini.. tak surprise le lagipun dah nak balik. Untung le tgh sale skrang ni.. huh sale2 pun abih dekat RM700 gak.. taktau apa benda lagi aku beli..


Untuk hubby, untung mak mentua dah sediakan baju melayu untuk kenduri adik ipar aku nanti, kiranya pakai buat beraya la dulu..

Untuk aku?


Oh ye.. aku tak dak baju raya (baju kurung) taun ni.. kuih raye pun takde.. kesian tak.. aku takde mood raya + masih berkabung.. aku nak pakai je baju apa yang ada.

humm.. nasib badan.




1 comment: