nuffnang

Majlis Berbuka Puasa & Sahur (Round 1)


Hujung minggu lepas, acara marathon berbuka dan bersahur sudah bermula seperti tahun2 lepas. Ini adalah sebahagian rancangan mengeratkan ukhuwah di kalangan rakan sekerja kilang hubby aku.
So hari Sabtu kami berbuka di Skudai, rumah Qalid & kak Za. Menunya adalah laksa johor dan puding karamel yang menjadi pujaan kami setiap kali ke rumah mereka. 


Kanak-kanak riang


Bapak2 budak

Keesokan paginya, kami bersahur di McDonald's Bandar Seri Alam. Liat betul nak bangun pagi, tambah2 waktu sahur pukul 4 pg. Nasib baik la McD ni hanya 5 minit dari rumah. So, Sahur ni sponsored by engineers yang single mingle.. of course la diorg yg kena sponsor coz xleh buat majlis kat umah sewa masing2. Alhamdulillah dengan menu ayam goreng dan hot milo, cukup la sekadar ambik berkat bersahur. Pukul 5.30 baru kami pulang ke rumah masing2. Selepas subuh terus aku sambung tidur, sedar2 dah pukul 11.30 pagi.. ish..ish..ish..


Menu di McD



Muka2 tak mandi



Untuk majlis berbuka ptg ahad, kam berkongsi majlis dengan En Akla, bos hubby aku. Lagipun rumah kami hanya bersebelahan. Kami ditugaskan menyediakan Nasi Ayam Penyet (resepi main campak dalam periuk) beserta sambalnya sekali. Manakala En Akla dan Kak Wati menyediakan soto nasi yang memang terjamin kesedapannya. 
Alhamdulillah, Nasi Ayam Penyet kami laku, habis licin. Lain kali boleh buat lagi untuk menjamu kawan2 yg datang bertandang ke rumah.


Nasi Ayam Penyet & kuih muih sumbangan tetamu



Antara tetamu yang hadir



Insya Allah, hujung minggu ni kami akan meneruskan majlis di rumah kawan2 yang lain.

5 comments:

  1. Sambal ayam penyet ye? :)
    Boleh la mintk resepi nti...
    sukee

    ReplyDelete
  2. Uii peminat ayam penyet gak ke? Haha dtg la umah, nt aku masakkan..

    ReplyDelete
  3. wah Noorul, bestnya tgk menu2 tu, Kak Lin nak jugak resepi ayam penyek... (^-^)

    ReplyDelete
  4. Kak Linn : hahh.. kat australia takdak ayam penyet kan.. okay nnt saya masukkan dalam entry k..

    ReplyDelete
  5. yeay! thanx.... bley la try menu lain sket untuk berbuka (^-^)

    ReplyDelete