nuffnang

Main Salji

Yuhuuu.. salji dah turun sepanjang minggu ni..

Ada hari lebat.. ada hari sepoi2 bahasa je. Tahun lepas kalau Disember sekali je turun.. Krismas pun xde.. mengikut cakapnye incik hubby la.. Aku kat Malaysia lagi masa tu. Hehe..

Maka, tak dilepaskan peluang.. elok je si Airis tido, terus si ummi yang kipochi pakaikan Adam segala baju untuk sesi photoshoot. 

Tepi rumah jerrrr..






Ada lagi.. nanti ye upload lagi..

Keguguran


Eh dah berapa hari tak menjenguk blog aku ni. Mood dah ke laut daa..

Anyway nak citer pasal keguguran anak rambut aku yang makin menjadi-jadi ni.


Ini bukan diriku.. hehe.. ehsan Google Image.

Sejak Airis umur 3 bulan, rambut gugur bukan main lagi. Orang2 tua kata kalau budak asyik menyembur liur tu, tak lama lagi nipis le rambut mak dia. Haa betulla tu. Eh apa kaitan pulak anak menyembur dengan rambut gugur? Ikut logik mmg la takde kaitan, cuma bila umur 3 bulan, kebolehan si anak adalah membasahkan muka mak bapak dia dgn air liur.. manakala untuk emaknya hormon hamil mula kembali sediakala.

So bila hormon bertukar, maka berguguranlah air mata rambut atas kepala ni. Isk..Isk.. 

Hilang sudah rambut tebal gilang gemilang ala2 Fauziah Gous masa tgh mengandung hari tu.. Maka solusinya, potong rambut pendek sikit untuk ringankan rambut dan kurangkan gugur.

Tak lupa jugak, sapu lantai hari-hari. Huh!

Ok nak selit gambar budak montel mata bulat..


Sorry lah tajuk saja kasi gempak. Jangan marah naa..  ^_^

Masuk majalah German


Bangga dengan encik hubby bila tiba2 muka tertempek dalam majalah kat Jemen ni. 

Ini majalah related to crane or wire rope.. apa benda dia tulis tu kena lah refer google translate ye.



Biarpun baju bertempek gris, nampak tetap hensem (sebab masuk majalah.. hehe)



Buffered Earning Lagi.. Tapi..

Tahun ni memang kaya buffered earning.. dari bulan 3 haritu on and off keluar kat blog.

Tapi tu lah.. ada yang bertahan lama tapi sekali sekala je keluarnya.

ada yang 2-3 hari dah tukar jadi metered earning. eh.. sekarang dah tak panggil ME, tapi tukar status jadi 'credited'.


Anyway, thanks to Nuffnang again.

Musim Luruh yang Mengasyikkan

Inilah musim luruh a.k.a autumn a.k.a fall kami..

kadang2 matahari bersinar terang, kadang2 mendung.. tapi lebih banyak hujan.

Daun2 mulai kuning.. gugur.. kering.. ibarat hati yang dikecewakan..

ada kalanya warna keemasan membangkitkan ceria..









Kalau tak bergambar dengan daun kuning tak sah ye autumn.. 


Auf Wiedersehen Herbst, Wilkommen Winter (Goodbye Autumn, Welcome Winter)


Belum sempat mengupdate gambar2 bermain daun2 kuning, tup2 dah nak masuk winter.

Rasa sekejap benar autumn, tiba2 saja suhu dah jatuh mengejut dari belas2 darjah ke hampir negatif celcius.



Dan hari ini 27 Okt, salji dah pun turun di kampung aku ni.



Walaupun kalau kedua jumpa salji, tetap excited beb! Kawan2 Malaysians yang lain pun walaupun dah duduk bertahun kat sini pun sama.

Winter sepatutnya bermula 21 Disember, tapi nampaknya macam mula awal tahun ni. I wish snowfall yang lebat this year. Yang paling best bila ada snow ni, suhu takde la sejuk sangat. Kuasa Allah yang menjadikan sesuatu dengan sebaik2 kejadian. Macam awal tahun ni, suhu drop sampai -16Celcius macam yang cerita kat SINI.


Ni gambar pagi 27 Okt, salji tengah turun tapi sampai kat tanah dah terus cair.. so tak payah la nak mengharap nak tengok kereta kena cover dengan salji. Kena tunggu betul2 lebat dulu.. 

Ok, dah nak tidur.. dah pukul 12.30 pagi waktu Germany, nanti pukul 3 pagi bermulalah Daylight Saving. Nanti2 aku cerita.


Aidiladha 2012

Pertama kali lepas kawen aku sambut raya haji di perantauan, Ececeh.. sedih bonar dongarnyo.. Raya haji je pun kannn.. padahal dulu zaman study time raya haji tak pernah pun balik kampung. 5 tahun study kat Johor, 5 tahun jugak la beraya 'di perantauan'.

Lepas abis study, kawen.. pastu tiap2 tahun mesti balik beraya kampung hubby. Jadi memang la takde kisah sangat pun beraya atau tidak. 

So untuk mengelakkan ada orang rindu-rinduan di pagi raya, maka dengan semangatnya aku menggoogle resepi2 yg cincai2 a.k.a simple merujuk kepada bahan2 yg sedia ada kat dapur..

Maka... terhasillah...



Nasi impit dan rendang daging ala2 bini wak jemen masak. Ni first time masak tau! kalau tak jadi tukang makan je. Resepi? pandai2 cari sendiri.. hehe

Komen ?  

Nasi impit - agak fail.. terlembik sikit..

Rendang - selepas di'alter' oleh enchek suami, mmg superb!


Boleh la nak makan sendiri, nak jamu orang belum tentu!

Projek Masak-masak : Karipap Pusing

Salam.. 

sejak dua menjak jadi housewife ni, mula lah ada hobi baru kannnn..

Ni kali ketiga buat karipap pusing ni.. selalu buat stok byk2 simpan frozen.. 

so nak makan terus goreng..



Puas makan sebab letak inti kentang + isi ayam + telur rebus banyak2..

Jemput makan..

Airis @ 4 months



My honey bunch..


Visit to Freiburg, Triberg ~ Black Forest, Germany

Salam, 

Alhamdulillah dah lebih sebulan menjejakkan kaki ke tanah Eropah. Sekarang sudah masuk musim luruh dan sepanjang minggu ini hanya hujan dan hujan. Daun2 dah bertukar warna, subhanallah.. cantik yang amat.

Pada minggu pertama tiba, cuaca sgt baik. encik suami ambil cuti seminggu untuk bawak mak dan ayah jalan2. Selain jalan2 sekitar bandar , kami menuju ke selatan Germany, ke Schwarzwald (Black Forest) yang sangat terkenal di kalangan pelancong.

Menginap di Hotel Caritas Tagungszentrum, Freiburg, hari pertama kami berjalan2 di pusat bandar.

The Munster Cathedral, salah sebuah gereja yang dibina pada tahun 1200an.

Bila tengok orang masuk ke dalam cathedral ni, kami pun teringin nak masuk jugak.. seriously (bagi akulah kan..) sangat menyeramkan.. gelap, hanya diterangi lilin, dan muzik gereja yang berdengung dengung. Cepat2 kami keluar sebab bawak budak kecik dua orang.



Adam kejar burung

Berjalan kaki di sekeliling bandar bukan sesuatu yang asing di Germany. Huhu, kalau kat Malaysia, sikit2 naik kereta, motor. Kat sini ada kemudahan tram yang sangat efektif dan mudah. Selain itu, penduduk di sini juga gemar berbasikal, dan laluan serta parking disediakan di mana2.

Laluan tram dan terusan kecil yang terkenal, Bachle

Di seluruh bandar Freiburg ni ada terusan kecil macam parit, dulunya digunakan sebagai punca air dari gunung untuk kegunaan penduduk. Airnya jernih dan sejuk, nak basuh tangan pun boleh.. itu pun kalau sanggup berkongsi dengan encik2 anjing belaan yang tumpang basuh kaki dan minum air.

Cik adam yang teruja tengok itik2 dalam Bachle

Esoknya kami menuju ke Triberg kira2 50km dari Freiburg. Kami melawat Scwarzwalder Freilichtmuseum, muzium petani zaman 1600an. Sangat mengujakan bila tengok bumbung jerami setebal 1 kaki.





Four of us

Habis melawat muzium kami ke pekan Triberg, yang sangat2 lah terkenal dengan jam cuckoo nya. Asal jam ni dari pekan ni lah.


Ummi dan Airis

Ayah dan Adam

Pekan Triberg ni sangat la cantik. Dengan kawasan berbukit bukau dan gunung ganangnya, kawasan pertanian yang menghijau seluas mata memandang.. memang jatuh hati. Teringin nak datang lagi ke sini nanti. Sayangnya tak banyak gambar ambil atas gunung sebab tak ada tempat parking kereta.

Somewhere di atas gunung 

Mak dan ayah at Hotel Caritas

Hotel yang kitorang duduk ni kitorang ambil 2 bilik, dapat bangunan asing2. Aku punya bilik atas bukit, berlawan dengan bangunan kat atas tu. yang bangunan tu mak ayah duduk kat bilik atas loteng (bawah bumbung). 2 malam berturut2 mak ngan ayah kena kacau dengan penunggu. Dia asah kuku atas cadar la.. tiup-tiup telinga mak la.. paling seram bila tingkap yang dikunci rapat boleh terbuka luas bila bangun pagi. hiiii.. nasib baik aku duduk bilik lain.. risaukan budak2 ni je. Mak hampir2 lari tido bilik kitorang malam tu. Bila ayah buka mp3 surah yasin baru la gangguan tu takde.

Lainkali kalau nak datang make sure tak sewa hotel ni tau.

Till then... daaa~~


Mohon Doakan Kesihatan Aiqal

Assalamualaikum wbt..

Alhamdulillah sudah tiba di bumi Jerman pada 31 Ogos yang lalu. Sangat2 gembira bertemu si suami setelah teramat penat travel Kuala Terengganu --> Kajang --> KLIA semuanya pada hari yang sama 30 Ogos. 

Kepenatan berganda-ganda dengan bagasi 50kg, hand luggage, beg lampin, car seat, dan dua budak kecik yang keletihan. Kemudian pintu berlepas pula ditukar menyebabkan kami terpaksa menapak lagi 200 meter dengan beban di tangan. Mujur ada ibu dan ayah mertua ikut sekali.

Belum ada mood untuk bercerita, entry kali ini adalah untuk anak kawan aku. Khaiqal atau nama manjanya Aiqal.

Aiqal is a good boy, sayang sangat2 dengan adik dia. Minggu terakhir Ramadan, dia muntah2 sampai kena admit masuk wad. Hampir raya kesihatannya pulih sedikit, dengan bekalan ubat sebakul dan berat badan yang menyusut, dia dibenarkan keluar beraya bersama keluarga.

2 hari sebelum aku ke Jerman, dapat tahu yang Aiqal admit wad lagi setelah muntah2 lagi. Dan paling mengejutkan bila doktor beritahu Aiqal mempunyai tumor otak dan air telah pun memenuhi kepalanya. Minor operation telah dilakukan untuk membuang air dalam kepala. Alhamdulillah, pembedahan berjaya.


Hari ini, 3 September, sekali lagi Aiqal akan menjalani major operation untuk membuang tumor pula.
Mohon semua yang membaca entry ini agar mendoakan kejayaan pembedahan ini dan kesihatan Aiqal kembali seperti sediakala. Amin.

Photos credit to: Khairizah Mohamed, Aiqal's mum.

Berhenti Kerja Juga Akhirnya

Ya sudah selamat. My last working day was on 8th Aug. 

Perasaan? Suka kot? Sedih pun ada tapi sikit je lah.. hahaha

Berhenti kerja bermakna makin dekat untuk keluarga kecil kami bersatu kembali. Sedih sebab nak tinggalkan kawan2 dan tempat kerjaku selama 7 tahun. 7 tahun weh! Bukan 7 bulan. Dulu2 tengok senior2 hantar email farewell kata dah kerja 7 tahun macam pelik je fikir macamana diorg ni bertahan.. tak sangka aku pun selama itu juga.

7 tahun yang banyak kenangan. Dari Trainee Engineer ke QA Engineer, kemudian QA Engineer 2 dan pangkat terakhirku QA Engineer 1. Banyak juga kenangan dari konteks sosial, melihat seorang demi seorang meninggalkan tempat kerja sedangkan aku masih bertahan. Walau ada ketikanya berkali2 surat resign ditaip tapi hakikatnya tetap tersimpan tidak bercetak. Walau pernah dipanggil temuduga peringkat akhir di tempat lain namun aku tolak kerana merasakan tempat baru takkan sebaik ini.

Jamuan Raya 2010, 13 orang daripadanya sudah tiada.

7 tahun yang mengajarku banyak perkara, berhadapan dengan customer yang bermacam karenah, orang bawahan dan orang atasan yang macam2, ekonomi negara yang tidak menentu, malah aku sendiri pernah buat kerja level operator gara2 tiada manpower dan pernah bertukar QA Manager sebanyak 5 kali. 

Dinner 2011, dinner terakhirku

Namun aku tetap syukur, di sinilah aku menjadi dewasa. Aku meninggalkan mereka di sana dengan cara baik, dan tiada masalah untuk aku kembali bekerja di sana bila2 masa. Kepulanganku dinanti, cewaahh..

Hari terakhirku..

at Lobby

QA team.. good luck to all of you

I was the most senior. Half of them are just graduated

Azlinda - 6 years of friendship, she leads the QA group after this.

Iftar and Farewell

Me and lil Airis

Thanks guys! will miss u all a lot.. 

Wish them all the best. Bye-bye my ASM friends.