nuffnang

Visit to Freiburg, Triberg ~ Black Forest, Germany

Salam, 

Alhamdulillah dah lebih sebulan menjejakkan kaki ke tanah Eropah. Sekarang sudah masuk musim luruh dan sepanjang minggu ini hanya hujan dan hujan. Daun2 dah bertukar warna, subhanallah.. cantik yang amat.

Pada minggu pertama tiba, cuaca sgt baik. encik suami ambil cuti seminggu untuk bawak mak dan ayah jalan2. Selain jalan2 sekitar bandar , kami menuju ke selatan Germany, ke Schwarzwald (Black Forest) yang sangat terkenal di kalangan pelancong.

Menginap di Hotel Caritas Tagungszentrum, Freiburg, hari pertama kami berjalan2 di pusat bandar.

The Munster Cathedral, salah sebuah gereja yang dibina pada tahun 1200an.

Bila tengok orang masuk ke dalam cathedral ni, kami pun teringin nak masuk jugak.. seriously (bagi akulah kan..) sangat menyeramkan.. gelap, hanya diterangi lilin, dan muzik gereja yang berdengung dengung. Cepat2 kami keluar sebab bawak budak kecik dua orang.



Adam kejar burung

Berjalan kaki di sekeliling bandar bukan sesuatu yang asing di Germany. Huhu, kalau kat Malaysia, sikit2 naik kereta, motor. Kat sini ada kemudahan tram yang sangat efektif dan mudah. Selain itu, penduduk di sini juga gemar berbasikal, dan laluan serta parking disediakan di mana2.

Laluan tram dan terusan kecil yang terkenal, Bachle

Di seluruh bandar Freiburg ni ada terusan kecil macam parit, dulunya digunakan sebagai punca air dari gunung untuk kegunaan penduduk. Airnya jernih dan sejuk, nak basuh tangan pun boleh.. itu pun kalau sanggup berkongsi dengan encik2 anjing belaan yang tumpang basuh kaki dan minum air.

Cik adam yang teruja tengok itik2 dalam Bachle

Esoknya kami menuju ke Triberg kira2 50km dari Freiburg. Kami melawat Scwarzwalder Freilichtmuseum, muzium petani zaman 1600an. Sangat mengujakan bila tengok bumbung jerami setebal 1 kaki.





Four of us

Habis melawat muzium kami ke pekan Triberg, yang sangat2 lah terkenal dengan jam cuckoo nya. Asal jam ni dari pekan ni lah.


Ummi dan Airis

Ayah dan Adam

Pekan Triberg ni sangat la cantik. Dengan kawasan berbukit bukau dan gunung ganangnya, kawasan pertanian yang menghijau seluas mata memandang.. memang jatuh hati. Teringin nak datang lagi ke sini nanti. Sayangnya tak banyak gambar ambil atas gunung sebab tak ada tempat parking kereta.

Somewhere di atas gunung 

Mak dan ayah at Hotel Caritas

Hotel yang kitorang duduk ni kitorang ambil 2 bilik, dapat bangunan asing2. Aku punya bilik atas bukit, berlawan dengan bangunan kat atas tu. yang bangunan tu mak ayah duduk kat bilik atas loteng (bawah bumbung). 2 malam berturut2 mak ngan ayah kena kacau dengan penunggu. Dia asah kuku atas cadar la.. tiup-tiup telinga mak la.. paling seram bila tingkap yang dikunci rapat boleh terbuka luas bila bangun pagi. hiiii.. nasib baik aku duduk bilik lain.. risaukan budak2 ni je. Mak hampir2 lari tido bilik kitorang malam tu. Bila ayah buka mp3 surah yasin baru la gangguan tu takde.

Lainkali kalau nak datang make sure tak sewa hotel ni tau.

Till then... daaa~~


3 comments:

  1. bestnyer Norul...nanti update lagik tau..nk pegi xdpt..baca citer ko jelah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. insya Allah, nanti aku update lagi k :)

      Delete
  2. Wahh....best kan? saya dah 2 kali ke sana - termasuk tasik Titisee kat atas bukit dengan pemandangan yang cantik. Last winter ke sana sbb bwk kwn2 dari malaysia datang nak main salji.

    ReplyDelete