nuffnang

Mohon Doakan Kesihatan Aiqal

Assalamualaikum wbt..

Alhamdulillah sudah tiba di bumi Jerman pada 31 Ogos yang lalu. Sangat2 gembira bertemu si suami setelah teramat penat travel Kuala Terengganu --> Kajang --> KLIA semuanya pada hari yang sama 30 Ogos. 

Kepenatan berganda-ganda dengan bagasi 50kg, hand luggage, beg lampin, car seat, dan dua budak kecik yang keletihan. Kemudian pintu berlepas pula ditukar menyebabkan kami terpaksa menapak lagi 200 meter dengan beban di tangan. Mujur ada ibu dan ayah mertua ikut sekali.

Belum ada mood untuk bercerita, entry kali ini adalah untuk anak kawan aku. Khaiqal atau nama manjanya Aiqal.

Aiqal is a good boy, sayang sangat2 dengan adik dia. Minggu terakhir Ramadan, dia muntah2 sampai kena admit masuk wad. Hampir raya kesihatannya pulih sedikit, dengan bekalan ubat sebakul dan berat badan yang menyusut, dia dibenarkan keluar beraya bersama keluarga.

2 hari sebelum aku ke Jerman, dapat tahu yang Aiqal admit wad lagi setelah muntah2 lagi. Dan paling mengejutkan bila doktor beritahu Aiqal mempunyai tumor otak dan air telah pun memenuhi kepalanya. Minor operation telah dilakukan untuk membuang air dalam kepala. Alhamdulillah, pembedahan berjaya.


Hari ini, 3 September, sekali lagi Aiqal akan menjalani major operation untuk membuang tumor pula.
Mohon semua yang membaca entry ini agar mendoakan kejayaan pembedahan ini dan kesihatan Aiqal kembali seperti sediakala. Amin.

Photos credit to: Khairizah Mohamed, Aiqal's mum.

No comments:

Post a Comment