nuffnang

Adam @ 3 months

Jalan2 ujung minggu lepas di UTM, jumpa pak ucu Adam..

Bibam tak saya?


Dengan ayah yang beraksi ayu

Dengan ummi yang dah tak larat nak dukung si Adam ni..

Berat Adam masa 2 bulan 3 minggu dah cecah 6.4kg. Kagum betul tgk dia membesar bagai johan ni..

10.10.10

Tarikh bersejarah buat Malaysia.. yang pertama majlis perkahwinan gilang gemilang angkasawan negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar dengan beloved wife Dr Halina di PICC semalam. Kenduri satu Putrajaya.. Tahniah kepada kedua-duanya.


Yang kedua, kemalangan ngeri 2 buah bas ekspres, sebuah van, 3 buah kereta di hiway PLUS dekat Negeri Sembilan. 12 orang maut.. Sangat tak sanggup tgk gambar2 yang tersebar dalam Facebook







Gambar2 yang lain rasanya tak wajar diletakkan di sini.. banyak yang tak cukup sifat anggotanya. Semoga Allah merahmati mereka dan semoga keluarga mereka tabah menghadapi dugaan ini.

Rezeki Anak

Alhamdulillah ini yang orang kata rezeki anak.. Increment naik every July. Taktau naik berapa sampailah dah balik kerja. Syukur..


Adam dan Raya

Baru nak masuk entry pasal raya.. ketinggalan ketapi ni.. apa nak buat, dah tiba musim sebok dah ni. Malas nak tulis panjang.. layan je la gambaq2 encek adam di pagi raya.. zassss...


tido.. kejut mcmana pun taknak bangun..

tido lagi..


baru bangun.. tukar baju dek kepanasan

berlenggeng dlm keta.. kena aircond baru diam.. balik umah kena marah dgn nenek


Family photo..







Apa kaitan kes Sarina dengan Datuk Sosilawati?

Tiba2 keluar kisah baru. Ada kaitan ke? Sarina ni kawan baik Datuk, juga pengasas kosmetik Aveer.  Aku paham kalau dia kata dia sedih dan tertekan dengan kematian bestfriend dia.. TAPI.. patut ke dia ada niat merancang nak gantung diri and betul2 buat? Sorry kalau statement ni salah.. aku copy yang aku baca kat paper je nih.




Oh apakah ada lagi kaitan dgn kes ni? macam makin lama makin nak terbongkar je ni. Sangat conpius.. janganla ada lagi benda2 yang tak diterima akal. Peninnnn.. apa2pun takziah pada keluarga arwah.. bersabarlah atas musibah yang melanda..

Mood Raya dah Abis

Salam dan selamat aidilfitri semua.

Baru naik kerja selepas abis cuti bersalin dan cuti raya. Waahh sangat tension kena naik kerja. Tak sangka 2 bulan cuti macam2 jadi. banyak jugak good and bad news, ada masa aku cita ok.

Gambar raya pun belum sempat belek2 lagi.. weekend ni baru nak buat. Huarghhh ngantok nya.. bangun  pam susu kejap.. ngantok.. ngantok.. ngantok..

Takziah kepada Keluarga Datuk Sosilawati dan Rakan-rakan



Andai benar Datuk Sosilawati Lawiya dan rakan-rakannya kena bunuh, takziah aku ucapkan kepada keluarga mangsa. Kesian sangat2.. tengah bulan Syawal ni dapat berita yang sedih. Apapun kita masih mengharap mereka pulang dengan selamat walau hakikatnya harapan tu sangat la tipis.


 Dan tak kira siapa pun mayat yang dijumpai sekarang ni, al-Fatihah untuk mereka. Mereka berhak untuk meninggal dengan cara yang lebih baik tapi itu semua ketentuan Allah. 


Mangsa yang hilang dan dijangka dibunuh:


Datuk Sosilawati Lawiya, 47. pengasas NV
Kamaruddin Shansuddin, 44, pemandu peribadi  
Noorhisham Mohammad, 38, pegawai bank CIMB Kampung Baru
Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, peguam peribadi.




Semoga penjenayah ini mendapat balasan yang sepatutnya..



Selamat Hari Raya Aidilfitri


Kepada semua rakan2 blogger, blogwalker, silent reader yang berada di Malaysia mahu pun di luar negara.. kita melihat anak bulan yang sama.. 

Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir dan Batin


Lagi kes buang bayi

Ish laa memang dasar setan bertopengkan manusia. Hari tu kat Shah Alam.. ni dekat Pulau Pinang pulak.

Ni kes kat Shah Alam haritu..

yang Pulau Pinang.. keluar Metro harini..

Bukankah bulan Ramadhan ni patut jadi bulan kita bermuhasabah? Patutnya berseronok kutip duit raya anak2.. tapi tu lah.. kalau dah biasa buat dosa berzina.. dia dah tak kisah nak membunuh..

Semoga mereka mencari keampunan Allah satu hari nanti..



Cepat ler Hari Khamis (nak balik raya!)

Nak balik kampung..turn kampung hubby this year. Tahun ni penuh dengan kanak-kanak riang.Senang hati MIL tengok cucu2 dia. Rindu betul dengan budak2 ni.. tak sabau nak jumpe..

Kakak Zuyyin yang kepoh(chi)

Abang Ariq yang encem

dan adik Mikael yang bibam..

Makling, paklong, mak kude, pak ude, ucu, kak Yin, abg Ariq dan adik Mikael.. nantikan kepulangan Adam yang booolat ini.. yihaaaa



Drp: Adam Mirza

p/s : Kecoh nor mak kau ni adam



Allah Berikan Yang Lebih Baik

Ada betulnya kata orang2 tua lama, kalau kita diuji, pasti ada ganjaran yang menyenangkan akan kita perolehi.

Alhamdulillah, aku tergolong dalam orang2 yang diberi ujian. Yang paling baru, masa dah masuk wad bersalin. Kereta hubby dipecah orang (kuang hajo betoi org ni) dan beg tangan aku dikebas. Iyolah takkan masuk sepital nak bawak beg tangan, cuma aku pegang IC je. Segala kad bank, buku ASB dlm tu. Duit tunai ada la dalam RM15 (huahuahua.. padan muka pencuri ni).. tapi yang sakit ati semua barang kemas aku satu set.. rantai, gelang tangan, cincin dalam beg tu (padan muka aku lak)..

Rindukan cincin2 itu..

Alhamdulillah, Allah gantikan dengan rezeki yang jauh lebih baik..
Si awang botak bermata bulat 

Dan alhamdulillah, ada hamba Allah jumpa dompet, buku ASB, kad matrik UTM dan pulangkan balik. Tak payah susah payah nak kena buat surat aku sumpah pulak..

Sahur oh Sahur

Citer minggu lepas..

Punya la letih melayan Adam satu hari, so sampai malam aku dah 'lepak' dan melepek..

nak masak untuk sahur pun tak larat, jadi minta tolong ayah adam yang encem tolong masakkan sambal udang.

Dodoikan adam dekat sejam baru nak tido.. ngan aku2 skali terlelap. Pukul 12 malam, aku alihkan Adam ke tilam dia, ada bau-bau sedap menusuk hidung.. ada pulak orang buat kuih malam2 ni.

Sekali kul 2 Adam nak susu, aku bangun basuh botol.Bukak je pintu lagi kuat sedap dan harum meremangkan bulu roma bau dia.. rupa2nya.. ni haaa..

|

|

|

|

|

|

|

|


Sambal udang hangit gara2 ayah adam kecikkan api dan lupa nak tutup.. Haishh.. dah la itu je lauk yang ada nak buat sahur. Last2 aku goreng nasi dengan ikan bilis. Syukurla tak terbakar rumah..

Moment with Newborn Baby Contest



Jom sertai contest yang dianjurkan oleh mrs. Simplicity ni. sila klik sini untuk melihat syarat2 pertandingan dan hadiah2nya. Jangan lepaskan peluang ok!


nama : ADAM MIRZA BIN MOHD IDHAM
tarikh lahir : 6 JULAI 2010
berat semasa lahir : 2.68kg
umur ketika gambar diambil : 2 JAM SELEPAS DILAHIRKAN
nama ibu : NOORUL AZUWAR ZULKHAFRI
email : noorulaz@gmail.com
cerita disebalik gambar : Empat tahun ummi dan ayah memendam rindu menanti kehadiran cahayamata. Akhirnya bayi comel ini hadir mewarnai hari-hari suram kami. Menitis air mata ummi saat kau dilahirkan. Kini, kami bahagia dengan kehadiranmu duhai anakku!

Saya Kagum, Saya Risau

Arini baby Adam dah sebulan seminggu, cepat benar masa berlalu. Badan dah semangat, pipi dah melayut (haha..) tapi aku sedih, seawal tempoh alam keibuanku, aku dah gagal.. Gagal memberikan susu badan secara eksklusif. Aku menghadapi masalah inverted nipples. 3 hari pertama Adam lahir, dia masih mampu menyusu. Sebaik sahaja bengkak susu, masalah inverted nipple mula mengganggu. Adam langsung tak dapat menghisap, melalak2 kelaparan.. dan jalan penyelesaian.. susu formula. sedih sangat masa tu. Sedangkan dari awal aku berniat nk breastfeeding.


Awang botakku


Hubby belikan pump manual Pureen, dapatla bantu nak kurangkan bengkak dan keluarkan susu. Bila balik berpantang di Melaka, ada hamba Allah yang baik hati pinjamkan pump Spectra 3. Sekarang aku pakai Medela Swing, beli second hand dengan harga RM350. Dalam masa yang sama, aku cuba menyusu badan menggunakan nipple shield, juga kurang berjaya. hushhh, sapa kata senang nak susukan anak?


Sampai hari ini, Adam menyusu botol dengan expressed breastmilk dan susu formula. Aku masih berusaha nak menambahkan susu badan supaya dia tak bergantung pada susu formula. 


Langkah pertama, nak tambahkan susu badan. Macam2 cara dah buat, air longan kering dengan kurma hitam, horlicks, oat tapi hasil tak seberapa. Sekarang ni tgh cuba buat power pumping ikut saranan kak Nadiah.


Langkah kedua, nak buat stok EBM. yang sedihnya, jauh lagi cita2 ni selagi langkah pertama belum tercapai.


Cuba tgk bawah ni.. memang kagum dgn kwn2 aku yang boleh wat stok mcm ni.. dasat kan?





So, kalau mcm ni.. mcmana aku tak risau?  Sapa boleh bantu? Ada tak sesapa kenal Lactation Consultant or Peer Councellor dekat JB or Pasir Gudang ni? Helpppp!!!



Majlis Akikah Baby Adam


Majlis akikah untuk baby Adam pada 7 Ogos lalu serentak dengan tahlil untuk arwah abah, cukup setahun pulang ke rahmatullah pada 8 Ogos 2009.

Baby Adam ngan ummi

Jemaah masjid

Ayah mencekik dulu..

Ummi pulak, lauk pantang ke tuu...

Baby Adam tido jek


Baby Adam dgn cousin - Qistina

Adam versus Ayah


Children Photo Contest

Buat julung-julung kalinya, aku join contest dkt blog. So, kengkawan.. join le kita sesama meriahkan contest ni..

CHILDREN PHOTO CONTEST!


anjuran



 klik SINI untuk maklumat lanjut. Tarikh tutup adalah pad 31.7.2010

Catatan Kelahiran Adam Mirza (Part II)



6 Julai


6.00am -  Nurse bertugas pagi2 dah datang ke wad dan buka lampu. Disuruhnya kami mandi dan bersiap untuk jumpa doktor.


7.00am - Semua bakal2 ibu untuk hari ini beratur di bilik pemeriksaan. Pelik betul aku, yang dah ada anak tiga pun masih takut nak jumpa doktor untuk masuk ubat, semuanya pakat tolak siapa yang nak kena masuk dulu. Alhamdulillah, masa check dah buka 3cm, belum masuk ubat lagi tu. Kena rehat sejam atas katil lepas masuk ubat.Ambil peluang tidur untuk kumpul tenaga. Manalah tau, tengahari baby dah keluar.

9.00am -  Perut memulas sikit2 macam senggugut kesan ubat prostin tadi. Aku dah mula tawaf satu wad dari depan pintu sampai katil belakang, sekadar amalkan petua orang2 tua nak bagi mudah bersalin. sembang2 dengan akak2 yang ada pengalaman bersalin (aku ada pengalaman bersalin mati je). Tapi aku rasa pelik, semua orang yang masuk ubat tadi dah ada rasa sakit, tapi boleh pulak diorang duduk je atas katil. Aku rasa lagi sakit kalau duduk termenung je atas katil tu.




Menanti saat2 bergelar ibu..


12.30pm - Hubby datang melawat, tak kerja hari ini. Aku bagitau dah ada contraction sikit2, tapi boleh stay cool lagi. Pukul 1 ajak hubby jalan2 keliling wad, sebab dah tak boleh duduk lagi atas kerusi.


1.30pm - Doktor check buat kali kedua, aku bgtau contraction macam dah 2-3 minit sekali. Sudah 4cm, alhamdulillah. Docktor pesan kalau makin kerap sakit, terus bgtau doktor bertugas. Sebelum habis waktu melawat, aku pesan hubby jgn pergi jauh2. Rasa macam tak lama je lagi.


2.30pm - Aku mandi air sejuk satu badan. Mak mentua pesan, supaya baby ada tenaga untuk keluar. Lepas mandi, duduk rehat baca majalah sambil zikir dan buat kiraan contraction. Konsisten 2 minit sekali, 20-30 saat datang sakitnya. Cukup kiraan setengah jam, aku ambil keputusan jumpa nurse untuk check. Alhamdulillah dah 5cm, dah boleh masuk labour room. Terus call hubby minta naik ke wad.


3.50pm - Masuk labour room, dah ada bilik booked untuk aku rupanya. Syukur la HSI ni labour room sorang satu. Hubby tunggu luar, sejam lagi baru masuk. Doktor dan nurse bertugas terus buat CTG scan dan pecahkan air ketuban. Banyak giler, macam kencing 2-3 kali. hehehe.. Nurse pesan jangan minum air selusuh dulu, takut nanti sakit berpanjangan tapi rahim belum buka habis. Dahlah hubby bekalkan satu tumbler besar yang dia buat sendiri. Lepas je pecah air ketuban, contraction aku dah jadi seminit sekali. Sampai nurse yang monitor aku pun pelik. Mana taknya, rahim baru buka 5cm tapi contraction dah macam nak bersalin. Diseluknya dalam rahim sekali lagi, rupanya masih banyak air ketuban dalam rahim. Diseluk-seluknya bagi keluar, aku rasa ada la dalam 2 cawan air kot. 


5.00pm - Sakit makin kerap, aku minta nurse panggilkan hubby masuk. Sambil2 tu aku minta ubat tahan sakit. Doktor inject petidine, silap2 boleh tidur. Masuk air 1 botol sebab tengok aku dah dehydrated. Doktor pakar datang melawat dengan doktor2 pelatihnya, dan suruh aku diberi gas entonoks pulak. Gas ketawa ni, agak2 boleh gelak lagi tak time2 mcm ni? Suruh sedut 5 saat masa start contraction. Senang cerita, dua2 ubat tahan sakit ni tak jalan pun. Makin kuat contraction ada la. Tapi masih 5cm.. Lambatnya..


5.15pm - Tiba2 ja rasa mcm nak meneran. Ikut pengalaman aku masa nak keluarkan baby sulung aku dulu, rasa dah sampai masa. Aku cakap dengan doktor, saya dah rasa macam nak berak ni.. dah sampai masa.. tapi doktor buat bodoh je.. agaknya 15minit tadi baru 5 cm, dia rasa belum lagi kot? Hubby belum masuk lagi, mana pulak dia ni. Aku mintak nurse panggilkan sekali lagi. Kali kedua aku cakap dengan doktor, saya dah rasa nak berak. Baru dia check, then dia kata, ok dah full. Tiba2 satu pasukan masuk. Macam nak tukar tayar F1 pulak. Hubby tak kunjung tiba, aku dah bagi nombor hp kat nurse. Sempat lagi aku tahan taknak teran selagi hubby tak masuk.


5.25pm - Dah tak boleh tahan, nasib baik hubby jenguk muka. Terus nurse suruh support kepala aku. Bila contraction datang, terus aku teran. Nampak doktor dah pegang gunting. Bila contraction slow down, aku ambik nafas. Sempat lagi aku cakap, rileks la doktor, bagi can saya teran dulu.. hihi.. doktor senyum je. Contraction datang lagi, aku teran dalam2 dan panjang2. Terasa doktor gunting buat episiotomi 2-3 kali, tapi tak rasa sakit pun, sakit contraction tu mengatasi segalanya. Kali keempat aku teran, baby dah terus keluar. Aku tengok jam dinding, 5.36pm. Nurse terus tarik letak atas dada aku. 


5.36pm - Alhamdulillah, baby boy. Hilang sekejap kata2, perasaanku bercampur baur. Syukur dengan kelahirannya yang mudah, perasaan pertama bergelar ibu dan perasaan mahu memeluknya erat2 setelah sekian lama menantinya. Terasa mahu menitik air mata, tapi perasaan gembira mengatasi segalanya. Dan juga, rasa mahu tidur sebab ubat petidine tadi baru nak tunjukkan kesannya. Cisss..


Selepas baby dibersihkan, hubby terus azankan dia. Hubby pandang aku, senyum dan kata.. comel baby kita yang, macam awak.. Tanya doktor berapa berat baby, dia cakap dalam 2.7 kg, terus aku tergelak. Mana taknya, masa scan semua tunjuk dah lebih 3 kg, keluar2 kemetot je. Takpe, biar kecik di dalam, tapi sihat bila keluar.


Doktor terus memantau aku, tunggu uri dan darah beku keluar. Dia ambil kain kasa, seluk dalam rahim, ditekap2nya dengan kain tu. Terasa kesat kain tu sampai mengaduh2 aku. Bila nampak doktor pegang jarum nak jahit, aku dah jerit dulu, nak bius ye doktor.. Setengah jam dia jahit, dari jam 6pm sampai ngam2 6.30pm. Ubat petidine punya pasal, 2 kali aku tertidur masa dia jahit. Lepas jahit, diberinya anak aku untuk susuan yang pertama. Barulah jelas wajahnya pada pandangan mata aku. Comelnya dia.. Aku beri ciuman pertama, semoga anakku ini membesar menjadi insan soleh dan beriman. Amin..


Lengkap sudah keluarga kami..





Catatan Kelahiran Adam Mirza (Part I)



Diam tak diam sudah seminggu usia anakku. Sungguh indah ciptaan Ilahi, anak comel ini tak pernah puas ku tatap wajahnya. Jadual harianku sudah berubah seratus peratus, mujurlah ada mentua yang menjagaku sejak Adam lahir.


Sejarah kelahiran baby Adam, semoga satu hari dia dapat membaca catatan umminya ini.


5 Julai 


11am - Appointment dengan Dr Suhaimi Hassan, Pakar O&G di Hospital Penawar. Dr Suhaimi terperanjat aku belum bersalin. Apa nak kata.. due lagi 5 hari. Dia tak suka aku ambil risiko. Disuruhnya aku terus ke HSI and makes stories so I can admit to ward. Sebelum pergi, Dr Suhaimi check bukaan rahim, sudah 1cm.


1.15pm - Tiba di HSI dan terus ke bilik saringan. Hubby tunggu di luar, sempat lagi wish good luck. Masuk je bilik saringan terus ditanya doktor kenapa. Aku jawab, saya risau, baby dah 2 hari kurang gerak. Haha, boleh ek bagi alasan mcm tu? Cuba bayangkan kalau betul2 jadi.. hisshh mintak simpang. Buat CTG dan scan, doktor kata semua ok, takde apa yang perlu dirisaukan. Aku hanya boleh masuk wad kalau dah lewat 9 hari dari due date. Aku merayu-rayu minta dimasukkan ke wad, since my previous cases buat aku risau sangat2. Habis berlakon mintak simpati. Last2 doktor tu try nak discuss dengan doktor pakar. Check jalan sekali lagi, memang dah buka 2cm.


4.00pm - Doktor panggil, katanya aku dibenarkan masuk wad. Special case sebab ada 2 sejarah keguguran sebelum ni, anxious mother, jalan dah buka dan atas alasan 'social reason'. Thanks HSI.


8.00pm - Bermalam di wad dengan rakan2 seangkatan yang punya pelbagai kisah dan ragam semasa kehamilan buat aku bersyukur yang teramat sangat. Proses kehamilanku amat mudah, tanpa darah tinggi, kencing manis dan segala macam masalah. Aku masih boleh bergerak ke sana sini sendirian tanpa menyusahkan suami. Malam itu tidur seawal 10.00 malam, sebab kena bangun seawal 6.00pagi.



Akhirnya.. Berakhirnya Penantian Kami

Alhamdulillah.. lahir sudah zuriat yang kami nanti2kan selama ini.. Syukur ke hadrat-Mu ya Allah..


Adam Mirza bin Mohd Idham
Born on 6th July 2010@5.36 pm
2.68 kg, Length 49cm, head circumference 32cm



Menanti Hari



Salam, oh seronoknya bermalas-malasan di rumah, menanti hari bahagia untuk ke sekelian kalinya.


Sudah hampir seminggu bercuti, mintak MC actually.. bila genap 38 minggu. Ofismate advise kerja sampai abih June, tapi mood dah tak ada. Lagipun dah tak larat nak fikirkan kerja2 kat pejabat. Baik duduk rumah.. 


Insya Allah bila tiba masanya aku akan bersalin di Hosp Sultan Ismail JB. So far, semua dah siap sedia..
Babysitter pun dah dpt, jiran tetangga terdekat juga. Stroller, carseat and babycot belum beli, tunggu abis pantang baru nak cari.


Breastpump? Hajat di hati nak sangat2 bagi exclusive bf, mohon Allah bg rezeki untuk si budak kecik ni. Target nk beli Medela Harmony or Swing, tp ikutkan tokey (Mamaqstore), function and milk quantity sama je, yg beza Harmony ni penat la sikit coz manual. 


To all my blog readers, doakan aku dan anakanda selamat. Aku juga ingin memohon maaf andai tersalah kata dlm menulis dan memberi komen.  









A Picture is Worth a Thousand Words


photos taken at 35 weeks


Pregnancy%20ticker

Dah tengok Lagenda Budak Setan?

Aku dah tengok, tak pilih hari pertama.. tapi hari ketiga. Booking tiket, ajak hubby. Walaupun hubby ni senior setahun dari aku, tapi dia tak pernah baca novel2 Ahadiat yang aku buat koleksi dari sekolah menengah.


Seriously, walaupun citer ni ada part2 yang sedih2 (ujung2 citer je la, yang aku suka tang Kasyah naik sampan pi masuk hutan tu je.. Itu je part paling lawa. Jalan cerita Kasyah and Ayu, tak masuk dalam hati. Kesimpulan, semua citer 3 kompilasi novel ni nak sumbat dalam masa 2 jam.


I have to agree with Leed dan review dia, baca la kat sini  -->  Lagenda Budak (tak berapa) Setan. Sama ja ngan pendapat aku. Ni yang buat aku nak cari balik novel2 ni, baca lagi puas kot. Nasib baik lagu best.




Our 4th Anniversary


Happy Anniversary to my beloved hubby. You are always my best friend.. 
Be a good hubby and daddy.. Love you always..



Empat Minggu Lagi



Betul, tinggal lagi 4 minggu, insya Allah. Seorang demi seorang bakal masuk ke labour room, atau kat mana2 yang sempat.


Tahniah kepada sahabat kami Juzmaliza yang telah selamat melahirkan baby girl 25-Mei lepas yang diberi nama Ariessa Sufeeya. Yang kelakarnya, aku pernah mengidam nak letak nama Arissa Safiyya kalau dapat baby girl.. nampaknya kena fikirkan nama lain lah.


Ariessa - copied from her daddy's FB.

Tipu kalau aku kata aku tak nervous, tipu juga kalau aku kata aku tak excited. Tapi itulah fitrah manusia, mengandungkan, melahirkan dan membesarkan sedaya upaya. Insya Allah, aku mahu menjadi ibu contoh.


Anak dalam perut ini yang menjadi keutamaan buat masa sekarang. Bukan lagi kerja yang melambak di ofis, bukan juga thesis writing aku yang terbengkalai. Mood betul2 down untuk buat semua itu. Mengikut perancangan, doktor O&G aku (Dr Suhaimi Hassan @ Hospital Penawar) menyuruh aku bersalin bila cukup 38 minggu, untuk mengelakkan sebarang risiko. Ohohoho.. sebulan je lagi.


Aku mengimpikan bersalin normal tapi bergantung kepada keadaan baby. Kalau songsang, doktor dah sound awal2.. operate aje. Adesss.. Bagi aku rugi kalau c-sect, tak boleh beranak ramai. Tapi kena marah dengan hubby, katanya bagi keluar seorang yang ni dulu, bagi selamat aku dan baby. Nanti baru fikirkan berapa ramai yang aku nak dan boleh beranak. Kalau ada rezeki, adalah kan.


Saya yang bulat @ 32 weeks

Preparation untuk baby, consider 90% dah lengkap. Beg hospital pun dah siap (hoho macam tak sabar je!). Tinggal sikit je lagi nak kemas2 barang balik kampung. Maklumlah nak berpantang kat 2 kampung, Melaka sampai abis urut, pastu terus balik Kedah sebulan. OK la untuk sekarang, nanti update lagi.


Pregnancy%20ticker

Promosi AirAsia..

Sapa2 yang belum tau.. sekarang ni AA dok tgh buat promosi..
Apa lagi kalau bukan tiket free kan.. Tiket aje yang free.. bukan airport tax or luggage ok..


Aku ni mmg pantang dengar AA buat promo.. walaupun kekadang sangat keciwa dan sakit hati dengan servis AA ni.. Apa nak buat.. nak yg OK.. kenalah spend duit berganda amik service provider yang lain.. nak yg murah.. dapat je la AA.. tapi dia punya servis tu.. hmm.. 


tahun lepas aku dapat free seat dari JB ke Jakarta.. booking dari May 2009 untuk flight Mar 2010.. last2 masa January 2010 aritu dia cancel semua flight dr JB ke Jakarta.. huh.. terpaksa mintak balik duit aku..


Jadi, first day promo, aku tak ketinggalan masuk website dia.. mak datuk.. punya la jammed.. kira lucky la kalau boleh masuk webpage promo dia tu..




Asyik2 keluar "Buzz, buzz, buzz"... Ingat citer toy story ke hape..



Check punya check, aku pilih JB-KK.. sebabnya.. first tak pernah sampai sana.. second nak visit kakak ipar dan anak2 sedara kat keningau.. kitorang je yang belum sampai..
 Tiket RM 0 ye kawan2..



Lepas dah OK, asal nak ke next process je.. asyik kuar message camni.. paling sakit hati bila refresh.. value RM 0 tu dah terus ada harga.. orang lain dah grab daa..


Finally.. dapat ke page ni.. buang insurans..tinggal la RM70 utk 2 orang.. BERBALOI - BALOI.. hmm.. yang kecik kat dalam perut ni tak boleh nak register lagi.. AA nak register nama.. mcmana nak bagi.. belum daftar dengan JPN lagi.. hihihi..


So, terus buat direct debit.. potong dari CIMB.. status? Successful, but...


tak leh nak counter check status of booking.. asik kuar ERROR msg camni.. itinerary email pun takde.. pelik sungguh.. 


Last2 tadi (after 2 days) baru received email dari AA.. confirm la aku berjaya merebut seat kosong yang ada.. huahuahua.. 
Persoalannya.. 


adakah aku berjaya membawa diri ke sana?

Adakah AA akan menepati jadualnya? 


Adakah sang suami boleh cuti? 




Kita tunggu dah lihat ajalah..


Peace! ^_^