6 Julai
6.00am - Nurse bertugas pagi2 dah datang ke wad dan buka lampu. Disuruhnya kami mandi dan bersiap untuk jumpa doktor.
7.00am - Semua bakal2 ibu untuk hari ini beratur di bilik pemeriksaan. Pelik betul aku, yang dah ada anak tiga pun masih takut nak jumpa doktor untuk masuk ubat, semuanya pakat tolak siapa yang nak kena masuk dulu. Alhamdulillah, masa check dah buka 3cm, belum masuk ubat lagi tu. Kena rehat sejam atas katil lepas masuk ubat.Ambil peluang tidur untuk kumpul tenaga. Manalah tau, tengahari baby dah keluar.
9.00am - Perut memulas sikit2 macam senggugut kesan ubat prostin tadi. Aku dah mula tawaf satu wad dari depan pintu sampai katil belakang, sekadar amalkan petua orang2 tua nak bagi mudah bersalin. sembang2 dengan akak2 yang ada pengalaman bersalin (aku ada pengalaman bersalin mati je). Tapi aku rasa pelik, semua orang yang masuk ubat tadi dah ada rasa sakit, tapi boleh pulak diorang duduk je atas katil. Aku rasa lagi sakit kalau duduk termenung je atas katil tu.
Menanti saat2 bergelar ibu..
12.30pm - Hubby datang melawat, tak kerja hari ini. Aku bagitau dah ada contraction sikit2, tapi boleh stay cool lagi. Pukul 1 ajak hubby jalan2 keliling wad, sebab dah tak boleh duduk lagi atas kerusi.
1.30pm - Doktor check buat kali kedua, aku bgtau contraction macam dah 2-3 minit sekali. Sudah 4cm, alhamdulillah. Docktor pesan kalau makin kerap sakit, terus bgtau doktor bertugas. Sebelum habis waktu melawat, aku pesan hubby jgn pergi jauh2. Rasa macam tak lama je lagi.
2.30pm - Aku mandi air sejuk satu badan. Mak mentua pesan, supaya baby ada tenaga untuk keluar. Lepas mandi, duduk rehat baca majalah sambil zikir dan buat kiraan contraction. Konsisten 2 minit sekali, 20-30 saat datang sakitnya. Cukup kiraan setengah jam, aku ambil keputusan jumpa nurse untuk check. Alhamdulillah dah 5cm, dah boleh masuk labour room. Terus call hubby minta naik ke wad.
3.50pm - Masuk labour room, dah ada bilik booked untuk aku rupanya. Syukur la HSI ni labour room sorang satu. Hubby tunggu luar, sejam lagi baru masuk. Doktor dan nurse bertugas terus buat CTG scan dan pecahkan air ketuban. Banyak giler, macam kencing 2-3 kali. hehehe.. Nurse pesan jangan minum air selusuh dulu, takut nanti sakit berpanjangan tapi rahim belum buka habis. Dahlah hubby bekalkan satu tumbler besar yang dia buat sendiri. Lepas je pecah air ketuban, contraction aku dah jadi seminit sekali. Sampai nurse yang monitor aku pun pelik. Mana taknya, rahim baru buka 5cm tapi contraction dah macam nak bersalin. Diseluknya dalam rahim sekali lagi, rupanya masih banyak air ketuban dalam rahim. Diseluk-seluknya bagi keluar, aku rasa ada la dalam 2 cawan air kot.
5.00pm - Sakit makin kerap, aku minta nurse panggilkan hubby masuk. Sambil2 tu aku minta ubat tahan sakit. Doktor inject petidine, silap2 boleh tidur. Masuk air 1 botol sebab tengok aku dah dehydrated. Doktor pakar datang melawat dengan doktor2 pelatihnya, dan suruh aku diberi gas entonoks pulak. Gas ketawa ni, agak2 boleh gelak lagi tak time2 mcm ni? Suruh sedut 5 saat masa start contraction. Senang cerita, dua2 ubat tahan sakit ni tak jalan pun. Makin kuat contraction ada la. Tapi masih 5cm.. Lambatnya..
5.15pm - Tiba2 ja rasa mcm nak meneran. Ikut pengalaman aku masa nak keluarkan baby sulung aku dulu, rasa dah sampai masa. Aku cakap dengan doktor, saya dah rasa macam nak berak ni.. dah sampai masa.. tapi doktor buat bodoh je.. agaknya 15minit tadi baru 5 cm, dia rasa belum lagi kot? Hubby belum masuk lagi, mana pulak dia ni. Aku mintak nurse panggilkan sekali lagi. Kali kedua aku cakap dengan doktor, saya dah rasa nak berak. Baru dia check, then dia kata, ok dah full. Tiba2 satu pasukan masuk. Macam nak tukar tayar F1 pulak. Hubby tak kunjung tiba, aku dah bagi nombor hp kat nurse. Sempat lagi aku tahan taknak teran selagi hubby tak masuk.
5.25pm - Dah tak boleh tahan, nasib baik hubby jenguk muka. Terus nurse suruh support kepala aku. Bila contraction datang, terus aku teran. Nampak doktor dah pegang gunting. Bila contraction slow down, aku ambik nafas. Sempat lagi aku cakap, rileks la doktor, bagi can saya teran dulu.. hihi.. doktor senyum je. Contraction datang lagi, aku teran dalam2 dan panjang2. Terasa doktor gunting buat episiotomi 2-3 kali, tapi tak rasa sakit pun, sakit contraction tu mengatasi segalanya. Kali keempat aku teran, baby dah terus keluar. Aku tengok jam dinding, 5.36pm. Nurse terus tarik letak atas dada aku.
5.36pm - Alhamdulillah, baby boy. Hilang sekejap kata2, perasaanku bercampur baur. Syukur dengan kelahirannya yang mudah, perasaan pertama bergelar ibu dan perasaan mahu memeluknya erat2 setelah sekian lama menantinya. Terasa mahu menitik air mata, tapi perasaan gembira mengatasi segalanya. Dan juga, rasa mahu tidur sebab ubat petidine tadi baru nak tunjukkan kesannya. Cisss..
Selepas baby dibersihkan, hubby terus azankan dia. Hubby pandang aku, senyum dan kata.. comel baby kita yang, macam awak.. Tanya doktor berapa berat baby, dia cakap dalam 2.7 kg, terus aku tergelak. Mana taknya, masa scan semua tunjuk dah lebih 3 kg, keluar2 kemetot je. Takpe, biar kecik di dalam, tapi sihat bila keluar.
Doktor terus memantau aku, tunggu uri dan darah beku keluar. Dia ambil kain kasa, seluk dalam rahim, ditekap2nya dengan kain tu. Terasa kesat kain tu sampai mengaduh2 aku. Bila nampak doktor pegang jarum nak jahit, aku dah jerit dulu, nak bius ye doktor.. Setengah jam dia jahit, dari jam 6pm sampai ngam2 6.30pm. Ubat petidine punya pasal, 2 kali aku tertidur masa dia jahit. Lepas jahit, diberinya anak aku untuk susuan yang pertama. Barulah jelas wajahnya pada pandangan mata aku. Comelnya dia.. Aku beri ciuman pertama, semoga anakku ini membesar menjadi insan soleh dan beriman. Amin..
Lengkap sudah keluarga kami..
sakit plak aku rasa bila baca cite ko ni..uhuhu...
ReplyDeleteAi ko dah bersalin dulu dr aku.. xkan baru rase sakit.. kihkihkih
ReplyDelete