nuffnang
Catatan Kelahiran Adam Mirza (Part I)
Diam tak diam sudah seminggu usia anakku. Sungguh indah ciptaan Ilahi, anak comel ini tak pernah puas ku tatap wajahnya. Jadual harianku sudah berubah seratus peratus, mujurlah ada mentua yang menjagaku sejak Adam lahir.
Sejarah kelahiran baby Adam, semoga satu hari dia dapat membaca catatan umminya ini.
5 Julai
11am - Appointment dengan Dr Suhaimi Hassan, Pakar O&G di Hospital Penawar. Dr Suhaimi terperanjat aku belum bersalin. Apa nak kata.. due lagi 5 hari. Dia tak suka aku ambil risiko. Disuruhnya aku terus ke HSI and makes stories so I can admit to ward. Sebelum pergi, Dr Suhaimi check bukaan rahim, sudah 1cm.
1.15pm - Tiba di HSI dan terus ke bilik saringan. Hubby tunggu di luar, sempat lagi wish good luck. Masuk je bilik saringan terus ditanya doktor kenapa. Aku jawab, saya risau, baby dah 2 hari kurang gerak. Haha, boleh ek bagi alasan mcm tu? Cuba bayangkan kalau betul2 jadi.. hisshh mintak simpang. Buat CTG dan scan, doktor kata semua ok, takde apa yang perlu dirisaukan. Aku hanya boleh masuk wad kalau dah lewat 9 hari dari due date. Aku merayu-rayu minta dimasukkan ke wad, since my previous cases buat aku risau sangat2. Habis berlakon mintak simpati. Last2 doktor tu try nak discuss dengan doktor pakar. Check jalan sekali lagi, memang dah buka 2cm.
4.00pm - Doktor panggil, katanya aku dibenarkan masuk wad. Special case sebab ada 2 sejarah keguguran sebelum ni, anxious mother, jalan dah buka dan atas alasan 'social reason'. Thanks HSI.
8.00pm - Bermalam di wad dengan rakan2 seangkatan yang punya pelbagai kisah dan ragam semasa kehamilan buat aku bersyukur yang teramat sangat. Proses kehamilanku amat mudah, tanpa darah tinggi, kencing manis dan segala macam masalah. Aku masih boleh bergerak ke sana sini sendirian tanpa menyusahkan suami. Malam itu tidur seawal 10.00 malam, sebab kena bangun seawal 6.00pagi.
Labels:
Our Precious
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment