nuffnang

R.a.Y.a 2.0.0.9


Salam semua,

Selamat menyambut hari raya aidilfitri..

Aku sempat beraya di Kedah selama 3 hari, then kena balik JB semalam coz hubby dah keje hari ni..

So masa yang ada kat kampung digunakan sebaik-baiknya.

Raya pertama, selepas solat kami berkumpul di rumah aku untuk makan dan bersalaman. Kemudian terus ke pusara ayahanda untuk tahlil dan bacaan yasin.


Mak, mama, my sis dan sesi mintak ampun


Di pusara


Pastu barulah ke kampung abah untuk melawat atuk, nenek dan saudara-saudara abah yang lain.

Ye lah, walaupun abah dah takde, hubungan keluarga jangan diputuskan.

Off road jalan lecak, and with nenek


Apa-apapun, raya kali ni memang agak suram. Dan mungkin juga raya aku yang terakhir di Kedah. Tahun depan, aku beraya di kampung hubby. Dan mungkin hujung tahun depan mama mahu pindah terus ke kampung si Terengganu.

Heroes of the family, and my mum and siblings

Keluarga besar allahyarham Zulkhafri Hj Hassan.
Dari belakang kiri : Idham Nazri (menantu), Khairul Anuar, Mohd Helmy, Nazir Nayan (menantu), Mohd Hafizhon, Mohd Firdaus.
Dari tengah kiri : Siti Zalzaliza, Siti Zalzahila, Mohd Fahmy Izwan, Noorul Azuwar (aku le tu), Nurul Adibah.
Dari depan kiri : Danish (cucu), Siti Kholijah (isteri), Wan Hayati (isteri), Qistina (cucu).


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI!
MAAF ZAHIR BATIN!

Shopping Raya




Dah 2 minggu berturut2 aku gi shopping raya.. Tapi bukan kebaya atau kurung yang dicari, hanyalah t-shirt atau blaus untuk basahan sehari2. Dah jadi kebiasaan setiap kali raya, pasti aku akan belikan pakaian untuk family sendiri dan in-law.

Untuk tahun ini, kami balik beraya di Kedah terlebih dahulu. Sepatutnya giliran di kampung hubby di Melaka, tapi memandangkan aku sudah beberapa bulan tak balik ke Kedah kerana masalah masa dan kewangan, ibu mentuaku bagi izin beraya di Kedah. terima kasih Mak..
Dan tak sangka pula abah pergi mengadap Ilahi, jadi ini adalah saat2 penting untuk aku berada di samping keluarga. Aku sangat2 berterima kasih kepada family in-law aku kerana memahami keadaanku sekarang.

So, untuk destinasi shopping, of coz la pegi jusco.. senang nak cari barang. Plaza Angsana pun ok untuk cari t-shirt tapi jangan le cari baju kurung kat sini.. mencekik!


t-shirt untuk abang & adik2


Polo handbag untuk mama


Untuk diri sendirik..

Ladylike jeans, scarlet blouse dan Polo handbag



Kasut untuk adik2 hero sponsored by hubby.


Untuk family in-law pun ade bahagian memasing, tapi tanak tunjuk kat sini.. tak surprise le lagipun dah nak balik. Untung le tgh sale skrang ni.. huh sale2 pun abih dekat RM700 gak.. taktau apa benda lagi aku beli..


Untuk hubby, untung mak mentua dah sediakan baju melayu untuk kenduri adik ipar aku nanti, kiranya pakai buat beraya la dulu..

Untuk aku?


Oh ye.. aku tak dak baju raya (baju kurung) taun ni.. kuih raye pun takde.. kesian tak.. aku takde mood raya + masih berkabung.. aku nak pakai je baju apa yang ada.

humm.. nasib badan.




Kad Raya dari Zue


Dapat kad raya.. huhu.. thanks Zue!



Majlis Berbuka Puasa (Round 2)




Minggu lepas kami berbuka di rumah Ridhwan dan Azie pd hari Sabtu, dan rumah kak Siti pada hari Ahad.

Ridhwan dan Azie menyediakan mee kari dan berkongsi menu dengan Ejan dan Ina yang menyediakan nasi dagang. memang sedap.. tapi lupa lak nak ambil gambar..


Then hari Ahad, kak Siti menyediakan soto madura, first time aku makan.. not bad lah! Sotonya pun lupa nak ambil gambar.. yang sempat gambar bebudak dengan mak bapak budak.. ngee..


Budak2 leka tgk citer Geng(Upin Ipin)

Bapak2 budak..


Anak2 dara..


Ramadhan hampir berakhir.. berat bdan makin bertambah.. hmm compius?!

Insya Allah, hari Sabtu pg akan bergerak pulang ke Kedah dan singgah di Melaka dulu. Doakan perjalanan kami ye..


Abah - Part II



10 Sept 2009.. Kalau arwah abah masih hidup, 58 tahun umurnya hari ini.

Kalau betul2 dihayati, memang aku banyak mengikut perangai abah. Sama2 degil, keras kepala, kepala angin. Banyak benda yang kami tak bersetuju antara satu sama lain. Apa yang aku buat, abah akan betah dan apa yang abah buat, mesti aku tak setuju.

Aku faham benar kesusahan abah membesarkan kami 10 beradik. Bermacam ragam dan karenah. Oleh itu, dari kecil sampai besar aku jarang meminta dari abah dan aku juga tak suka membandingkan apa yang abah beri kepadaku dengan adik beradik yang lain. Ada ketikanya aku rasa abah berat sebelah dan berlaku tidak adil antara kami.

Namun, jauh sudut hatiku tetap mengakui dialah satu-satunya abahku. Tiada dua, tiada tiga. Kerana dia, aku lahir ke dunia. Dan aku pernah bertekad akan membalas jasanya, namun Allah lebih sayangkannya.

Kasihan abahku, hidupnya tak pernah senang dari muda hingga ke akhir hayatnya. Kesempitan hidup zaman kanak-kanaknya membuatkan dia seorang yang kuat bekerja, biarpun selepas pencen. Pernah juga tersilap langkah dek karenah anak-anak, namun dia tak pernah menyesalinya.

Abah, kurelakan kau pergi dari kesusahan dunia ini. Semoga hidupmu aman di sisi Allah. Ya Allah, ampunilah dosa abahku, ringankanlah siksaan kuburnya, terangilah alam persemadiannya dengan doa-doa kami ya Allah..


Arwah abah masa mudanya..

Kenangan Konvo UTM@2005

Arwah abah dan mama


Majlis Berbuka Puasa & Sahur (Round 1)


Hujung minggu lepas, acara marathon berbuka dan bersahur sudah bermula seperti tahun2 lepas. Ini adalah sebahagian rancangan mengeratkan ukhuwah di kalangan rakan sekerja kilang hubby aku.
So hari Sabtu kami berbuka di Skudai, rumah Qalid & kak Za. Menunya adalah laksa johor dan puding karamel yang menjadi pujaan kami setiap kali ke rumah mereka. 


Kanak-kanak riang


Bapak2 budak

Keesokan paginya, kami bersahur di McDonald's Bandar Seri Alam. Liat betul nak bangun pagi, tambah2 waktu sahur pukul 4 pg. Nasib baik la McD ni hanya 5 minit dari rumah. So, Sahur ni sponsored by engineers yang single mingle.. of course la diorg yg kena sponsor coz xleh buat majlis kat umah sewa masing2. Alhamdulillah dengan menu ayam goreng dan hot milo, cukup la sekadar ambik berkat bersahur. Pukul 5.30 baru kami pulang ke rumah masing2. Selepas subuh terus aku sambung tidur, sedar2 dah pukul 11.30 pagi.. ish..ish..ish..


Menu di McD



Muka2 tak mandi



Untuk majlis berbuka ptg ahad, kam berkongsi majlis dengan En Akla, bos hubby aku. Lagipun rumah kami hanya bersebelahan. Kami ditugaskan menyediakan Nasi Ayam Penyet (resepi main campak dalam periuk) beserta sambalnya sekali. Manakala En Akla dan Kak Wati menyediakan soto nasi yang memang terjamin kesedapannya. 
Alhamdulillah, Nasi Ayam Penyet kami laku, habis licin. Lain kali boleh buat lagi untuk menjamu kawan2 yg datang bertandang ke rumah.


Nasi Ayam Penyet & kuih muih sumbangan tetamu



Antara tetamu yang hadir



Insya Allah, hujung minggu ni kami akan meneruskan majlis di rumah kawan2 yang lain.

Kenapa Saya Suka Kucing?


I'm a cat lover. Dari kecik sampai besar, hidup aku bertemankan kucing.

Masa kat boarding school dulu, aku bela kucing yg ade je kat kantin.

Masa kat UTM, aku bela Daigo dalam bilik kolej.. from cute kitty sampai la jadi bapak budak. Daigo ni Ira yang jumpa, tp aku mintak bela. Last2 aku bwk balik ke Kedah. Sian.. mabuk kucing aku naik keta 8 jam. Tapi Daigo dah mati.. kena hawar + rindu kat aku.. Uuu..


Pastu ni la antara kucing2 yang penah aku peluk cium..


Luna ni kucing dapat dr uncle hubby aku.. sbb Luna ni nak beranak, diorg tak sanggup nak bela. So ni la kucing first since kami jadi laki bini.. Sempat la jugak Luna ni beranak 10 ekoq anak dia kat umah aku.. Luna ni aku sayang sbb dia cerdik. kalau dia xleh kuar umah then tak thn nak berak, mesti dia masuk bilik air then berak kat lubang air kat lantai tu. senang je nk bersihkan. Tapi masa aku nak pindah ke umah sendiri, aku bagi Luna ngan anak2 kecik dia kat kwn2 aku. wooooo sedih. sekarang Luna kat seremban. Jauh betul dia pindah.




Mimo ni anak Luna, dia aje yg kami bawak masa pindah umah baru. Mimo ni kucing kesayangan hubby aku. Dia dengan kami memang manja habis. Paling dia suka tido celah lengan. tak pernah gurau2 kasar.. tapi kalau kucing lain pandai2 masuk umah, mmg dia bantai abis. balik umah je mesti luka sana sini. Sekarang Mimo dah besar.. dah tak nak balik umah. rasanya dah ada anak bini kot. sekali sekala nampak kelibat dia kat keliling umah, tp panggil2 dia buat bodoh je.. humm geram aku.


Ni pulak Cici. Dia ni kucing adik ipar aku. Umur dia 5 thn ++. Jangan tertipu dengan kecomelan dia time ni. ni gambar 2thn lepas ni.. sekarang taik mata bertenyeh kat muka, nak cium pun tak lalu. Cici ni mmg jaguh kampung, satu kampung dia conquer.. termasuklah semua kucing2 betina. Cici ni cerdik jugak sbb dia kira kucing bercakap. Kita cakap mesti mengiau balas. Dia manja ngan adik ipar aku je, ngan org lain taknak. sampai sekarang dia ada lagi.


Ha ni pulak Choket. dia ni anak Cici. Kaler sepesen je ngan bapak dia. Perangai pun sama. tapi tak sempat bela lama coz dah hilang tak balik2. tak leh ler nak citer panjang2, nanti adik ipar aku sedih.. huhuhu


Haaa ni lah kucing yang aku bela sekarang. Nama dia Tuah. Kitorang ambik dia dr jiran atuk sedara kat Taman Perling. aku penah tunjukkan dia dalam entry sebelum ni. Ni lah kucing paling nakal yg aku penah bela. Hobi dia gigit sana sini. Tangan aku sampai berparut2 kena gigit ngan cakar, kira gurau kasar betoi. kalau nak tido nyenyak tgh malam, jangan le letak dia dalam bilik. paling suka lompat mengejut atas badan pastu suka gigit kaki ngan tangan. Last2 kena sepak terajang pastu letak luar bilik. Dia ni mmg kuat makan, memilih lak tu. Takdenye dia nak makan whiskas pelet.. mesti nak yg dalam tin punya. Demanding betul!

Tapi Tuah ni pon cerdik and makan ajar. Nanti aku upload video telatah si Tuah ni. mesti korang suka tengok.