nuffnang

Adam @ 1 year 8 months


Cik adam bambam dah faham arahan.. dah boleh disuruh buka pintu, buka tutup tv, ambik handphone ummi. paling laju dia buat kalau disuruh mandi, cepat2 buka baju masuk bilik air. Lepas tu ditunjuknya satu2 botol sabun, syampu segala macam botol nak dibuat mainan.

Lain2 perkembangan adam:

- dah banyak cakap, tapi perkataan yang disebut belum berbutir lagi. 
- kalau nak sesuatu, dia akan tunjukkan apa benda yang dia nak, kadang2 tarik tangan kita suruh ambikkan
- bila cakap terima kasih atau thank you, dia jawab.. "ma..ma.."
- kira satu dua tiga.. "hummm maaa tidaaa.."
- kalau ngedeng makanan or air ummi, or makan yg kena ngan tekak dia.. tak pun tgk makanan dlm tv.. dia kata "hmmm dapppp.." (em sedappp..). kembang jap ummi kena puji. muahahaha..
- ada tokoh jadi abang, dah pandai sayang adik. tanya adik mana? cepat2 selak baju ummi cium perut sambil panggil "dikkk.." bukan main sayang dengan baby kat umah babysitter dia.
- suka dengar lagu kat handphone.. terkumat kamit menyanyi sambil hangguk2 kepala. 
- suka berlagak jadi bisnesman, cakap telefon sorang.. macamla ada bisnes juta2.. huhu

video

Ni video adam kat playground minggu lepas, dah pandai panjat sendiri. tapi kena monitor gak, budak2 lain main langgar je.


3 comments:

  1. budak2 ni kejap je besar kan..hehehe..nanti dia dok sini kompom fluent deutsch..hihi

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. itu la.. sapa sangka yang beranak kecik terus membesar bagai johan.. itu la nak kena cari kindergarten dekat2.. umur 2 tahun lebih dah boleh masuk ke?

    ReplyDelete