nuffnang

60 days!


@30 weeks

Adam @ 1 year 8 months


Cik adam bambam dah faham arahan.. dah boleh disuruh buka pintu, buka tutup tv, ambik handphone ummi. paling laju dia buat kalau disuruh mandi, cepat2 buka baju masuk bilik air. Lepas tu ditunjuknya satu2 botol sabun, syampu segala macam botol nak dibuat mainan.

Lain2 perkembangan adam:

- dah banyak cakap, tapi perkataan yang disebut belum berbutir lagi. 
- kalau nak sesuatu, dia akan tunjukkan apa benda yang dia nak, kadang2 tarik tangan kita suruh ambikkan
- bila cakap terima kasih atau thank you, dia jawab.. "ma..ma.."
- kira satu dua tiga.. "hummm maaa tidaaa.."
- kalau ngedeng makanan or air ummi, or makan yg kena ngan tekak dia.. tak pun tgk makanan dlm tv.. dia kata "hmmm dapppp.." (em sedappp..). kembang jap ummi kena puji. muahahaha..
- ada tokoh jadi abang, dah pandai sayang adik. tanya adik mana? cepat2 selak baju ummi cium perut sambil panggil "dikkk.." bukan main sayang dengan baby kat umah babysitter dia.
- suka dengar lagu kat handphone.. terkumat kamit menyanyi sambil hangguk2 kepala. 
- suka berlagak jadi bisnesman, cakap telefon sorang.. macamla ada bisnes juta2.. huhu


Ni video adam kat playground minggu lepas, dah pandai panjat sendiri. tapi kena monitor gak, budak2 lain main langgar je.


Baby Carrier by NeezaNeedleS

salam semua.. dah 1 week tak update blog. sangat2 la busy kat ofis.. straight balik pukul 6.30 - 7 ptg.

dah balik tu, letih yang amat.. so nak buka blog pun tak berapa nak rajin.

Actually nak promote baby carrier handmade by sorang kawan ni, really love to see her products.

So bila dah nak ada new baby ni, memang nak grab satu.

ada macam2 jenis:

Meitai

Onbuhimo

Ringsling

MERAK SSC


Merak SSC ni memang banyak orang tempah. Agaknya sebab senang nak pakai dan boleh suits mum and dad walaupun berlainan saiz.


nah tengok lagi contoh2 Merak SSC yang pernah dia buat..

minat sangat kain ni.. cantik!




boleh order untuk different baby sizes jugak ye.. or kalau nak modify carrier yang lama pun dia boleh buat.

Sebarang khidmat nasihat dan pertanyaan boleh contact info@neezaneedles.biz. 

Boleh juga kalau nak usha blog NeezaNeedleS.biz atau Facebook Neeza.


Bengkung Moden

Ok tak nak beli ni? Selain dari pakai bengkung zig zag Tropical Herbs Amway tu, rasa macam nak beli yang ini buat spare. keluar2 hospital or malam2 boleh pakai. Takkan nak pakai zig zag yang jalan kepit sampai malam kan? Any suggestion untuk bengkung simple yang korang dah penah try?


Bengkung moden berzip (bahagian perut sahaja)

Bengkung moden berzip ini memang direka khas untuk ibu-ibu yg sibuk. Sering kesuntukan masa. Sangat praktikal. Amat sesuai digunakan semasa berpantang dan juga selepas pantang. Ia bukan saja untuk ibu-ibu yang baru saja bersalin bahkan wanita- wanita yang mahu mengempiskan perut juga boleh menggunakannya. Memang amat berbaloi...bengkung ini mengandungi infrared yg boleh mengurangkan toksin-toksin dalam badan dan juga memecahkan lemak-lemak yg berlebihan.. Terdapat zip 4 langkah yg amat senang digunakan. Anda hanya perlu menggunakannya mengikut tahap keselesaan anda. Amat Mudah dan Praktikal!! X perlu bersusah payah untuk mengikat tali...

yg ni ukuran pinggang 22-38 inci leh pakai.



check sini untuk maklumat lanjut --> Danita Online Maternity Shoppe





Nuffnang's Keyword for today

Siapalah yang baca blog aku guna keyword tak sopan ni..


Penderaan Kanak-kanak di Taska (Pasir Gudang lak tu...)

Ok, ini serius..

actually aku asyik tengok video kat FB past 2-3 days ago, but langsung tak expect happened kat kota masai, pasir gudang.

sampailah esoknya kuar Harian Metro dan buletin utama semalam. Seriously tersangatlah marah dengan kelakuan manusia macam ni.


tak tahulah nak cakap apa, tapi sejak Adam lahir, memang aku tak berani nak antar ke taska.. coz dah terbayang ramainya budak dengan pengasuh yang terhad. aku dah imagine adam tak cukup makan, belajar cakap kotor, ikut perangai2 yang tak baik.. ada kutu kat kepala.. huhu nauzubillah..

takpe la.. aku rela tak bergaji untuk bela anak sendiri dari jadi mangsa macam dalam video ni.

memang patut parent budak2 ni buat report polis..