nuffnang

22 weeks

Alhamdulillah diberi kesempatan merasai nikmat hamil buat kali ke-4. Setiap kehamilan ada ceritanya sendiri -suka duka, sedih, dugaan yang macam2.. Tapi bila ku fikir2kan, memang aku sendiri tak sangka betapa aku tabah mengharungi setiap satunya.

Segala ujian benar2 membuatkan aku kuat, tambah2 bila terpaksa menghadapi orang sekeliling, mulut2 yang tak ada insurans, dan tak memikirkan perasaan aku. Wanita mana yang tak mahukan anak? Selama empat tahun aku dan suami sabar menanti kehadiran cahayamata, yang hanya diizinkan Allah selepas hamil kali ke-3.

Syukur kedua2 belah keluarga kami sangat2 memahami keadaan kami. Dengan pengalaman kami yang berusaha untuk mendapat zuriat turut kami gunakan sebagai khidmat nasihat percuma kepada kawan2 yang bermasalah mendapat anak. Alhamdulillah, 2 orang kawanku telah pun selamat melahirkan anak tahun lepas, walaupun pada mulanya tarik muncung panjang dan terasa hati bila aku beroleh cahaya mata terlebih dahulu.

Minggu ini aku dah cecah 22 minggu, dah lebih separuh perjalanan dah pun. Kehamilan kali ini paling mudah, hanya mabuk2 biasa semasa trimester pertama. Cecah saja minggu ke-13, semuanya kembali seperti biasa. Boleh makan apa saja, tak macam masa mengandungkan Adam dulu, aku tak boleh makan ayam langsung.


Paling aku sedar, aku makan sangatlah banyak kali ni.. dan berat naik sangat mendadak. Mungkin sebab mama temankan aku di rumah sepanjang cuti sekolah hari tu, jadi makan minum memang terjaga yang amat. 
Tapi masih ada persamaan, sampai sekarang kawan2 ofis ramai yang tak tahu aku mengandung, sebab perutku tak jelas mana. Lagipun aku pakai jaket kilang, jadi macam cover sikit la. Yang pasti kelebaran pinggang dan bumper amatlah bertambah ukuran incinya. Aku tak kisah sangat mereka tak tahu, sebab tak suka komen2 saiz perutku.. buat bimbang je. Hanya Allah, aku dan doktor aku je yang tahu baby membesar sempurna ataupun tak. Tak kisahlah, lagi 2 minggu aku pasti perutku akan besar mendadak, bila cecah 6 bulan.

Baby pun sangat baik, tak banyak ragam, tak mintak makan itu ini. Agaknya tahu ayahnya jauh, ummi sorang2 jaga baby dan abang Adam. Ummi pun rindu ayah urutkan kaki yang lenguh, picitkan belakang pinggang yang sengal. 

Kawan2, doakan aku selamat ya? Ni gambar baby masa scan minggu ke 19 hari tu.. Sorry tak jelas sangat sebab gambar video ni.


Anyway, selamat bercuti panjang semua. Enjoy your holiday!



Dah abis baca entry? Cuba check apa yang ada kat sini..

10 comments:

  1. insyaAllah semuanya akan di mudahkan.. sy baca entry ni terus teringat janji Allah, "selepas susah pasti ada senang".. noorul dah lalui waktu susah, insyaAllah waktu senang dah tiba :)

    ReplyDelete
  2. insya Allah.. terasa senangnya lahirkan Adam dulu. So bila pregnant lagi, sangat2 la gembira. syukur boleh preggy normal tanpa bantuan ubat subur ke apa ke.. jarak dekat2 pun dah tak kisah..

    ReplyDelete
  3. Noorul congrates..insyaAllah semuanya selamat nnt ye...take care ye..

    ReplyDelete
  4. tahniah noorul...xpe biarla ape org nak kata...jaga diri bebaik k....

    ReplyDelete
  5. Tahniah Noorul. Take care ok. Aku doakan mu selamat :)

    ReplyDelete
  6. faeiz & meksu : thanks gals! semoga yang baik2 untuk korang jugak ye

    ReplyDelete
  7. salam...noorul. akak ni silent reader noorul...
    akak pun tgh berusaha utk dptkan cahayamata....bleh noorul share atau bg nasihat atau tips noorul dlm berusaha dptkan anak...

    ReplyDelete
  8. Anak Bapak - thanks sbb selalu baca, saya pun taktau nk bg nasihat apa kalau taktau background akak. kalau ada apa2, akak email saya noorulaz
    @gmail.com. nanti kita cerita panjang ye

    ReplyDelete