nuffnang

Saya Kagum, Saya Risau

Arini baby Adam dah sebulan seminggu, cepat benar masa berlalu. Badan dah semangat, pipi dah melayut (haha..) tapi aku sedih, seawal tempoh alam keibuanku, aku dah gagal.. Gagal memberikan susu badan secara eksklusif. Aku menghadapi masalah inverted nipples. 3 hari pertama Adam lahir, dia masih mampu menyusu. Sebaik sahaja bengkak susu, masalah inverted nipple mula mengganggu. Adam langsung tak dapat menghisap, melalak2 kelaparan.. dan jalan penyelesaian.. susu formula. sedih sangat masa tu. Sedangkan dari awal aku berniat nk breastfeeding.


Awang botakku


Hubby belikan pump manual Pureen, dapatla bantu nak kurangkan bengkak dan keluarkan susu. Bila balik berpantang di Melaka, ada hamba Allah yang baik hati pinjamkan pump Spectra 3. Sekarang aku pakai Medela Swing, beli second hand dengan harga RM350. Dalam masa yang sama, aku cuba menyusu badan menggunakan nipple shield, juga kurang berjaya. hushhh, sapa kata senang nak susukan anak?


Sampai hari ini, Adam menyusu botol dengan expressed breastmilk dan susu formula. Aku masih berusaha nak menambahkan susu badan supaya dia tak bergantung pada susu formula. 


Langkah pertama, nak tambahkan susu badan. Macam2 cara dah buat, air longan kering dengan kurma hitam, horlicks, oat tapi hasil tak seberapa. Sekarang ni tgh cuba buat power pumping ikut saranan kak Nadiah.


Langkah kedua, nak buat stok EBM. yang sedihnya, jauh lagi cita2 ni selagi langkah pertama belum tercapai.


Cuba tgk bawah ni.. memang kagum dgn kwn2 aku yang boleh wat stok mcm ni.. dasat kan?





So, kalau mcm ni.. mcmana aku tak risau?  Sapa boleh bantu? Ada tak sesapa kenal Lactation Consultant or Peer Councellor dekat JB or Pasir Gudang ni? Helpppp!!!



8 comments:

  1. waaaahhh...byk giler susu die...aku dulu dpt 10 oz je..tupun pakai manual, terhegeh-hegeh..
    xpe noorul, usahakan ape yg ptt k...
    cuba tanya pakar ni;
    http://www.diyaluna.com

    ReplyDelete
  2. aku pun mcm ko gak, dilanda kemelut nak ebm. mule2 susu takde, pas urut, susu dah ok tapi bby plak tak puas.. padahal 2jm++ aku dah bf dia... aku rungsing gak. last2 terpaksa top up fm. mcm2 dah mkn.. susu takde la meriah sgt..

    aku pun mcm ko. expressed milk dlu sblum bby bagun, pastu aku bf kan bby then baru bg susu perah..

    stok? kais pagi mkn pgi.. hehe. yg penting same2 kita usaha ye. ini semua dugaan, jgn cpt give up..

    ReplyDelete
  3. Noorul,perkara pertama kak nadia nak ingatkan JANGAN STRESS ATAU TENSION..sbb itu perkara paling utama yang membuatkan susu akan terus drop..actuallt, akak ada juga customer yang ada masalah yang sama mcm noorul...tapi akak nasihatkan dia try set B Shaklee dan ambil juga esp (cuma dlm bulan ramadhan ni banyak customer akak yg top up dgn performance drink untuk kurangkan dehydrate sbb kurang minum air)...alhamdulillah, kebanyakkan mereka memberikan feedback yg positif dalam peningkatan susu mereka...malah ada seorang customer yg sekarang sudah pun menjadi ahli dan mempunyai anak kembar turut mendpat faedahnya hasil pengambilan trial pack set b + esp...oh ya, nurool..nanti kak nadia tuliskan dlm entry malam ni ttg ibu si kembar ni ye...boleh tengok mcmana susu dia meningkat hasil pengambilan set tersebut...salam sayang dan ukhuwah,dik...jumpa di entry akak nanti ye...n think positif..

    ReplyDelete
  4. betul la Ira.. sgt stress skrg ni. bb aku skali susu dah 4oz skrg..2 jam skali lak tu.. skali pam average 3-4oz, tu pun 4 jam skali perah.. skrg aku nk try alfalfa Shaklee punya pulak

    ReplyDelete
  5. Noorul...kak nadia dah tulis dalam blog ttg pengambilan trial pack set b shaklee dan esp...juga pengalaman adik kak nadia yang turut mengambil set yang sama (anak kembar)...juga kak nadia masukkan visual hasil pengepaman kak nadia sehari2 dalam condition kak nadia hanya memberikan anak susu badan menerusi pengepaman sahaja dari lahir hingga kini 9 bulan...(kak nadia pun inverted nipple)...apapun nasihat kak nadia jgn give up dulu, sbb kak nadia juga pernah ada dalam kedudukan noorul...tp berkat usaha dan pengambilan supplement yg tepat serta berdoa kpd tuhan,alhamdulillah anak kak nadia masih full breastfeeding walaupun hanya menerusi expressing sahaja...dan teruskan buat power pumping tu,dik kerana ianya salah satu langkah untuk memperbanyakkan susu..akak doakan semoga noorul juga akan berjaya menysukan anak noorul sepenuhnya sedikit masa lg kerana ramai customer kak nadia yg pd awalnya mixkan dgn susu formula, secara perlahan2 telahpun full breastfeeding anak mereka..good luck,dik...

    ReplyDelete
  6. Jangan give up.. Ada orang sekali pam dapat 1-2 oz ja, tapi still leh exclusive, orang tu siap wat jadual pam... memang kena disiplin ikut betul2 la... insyaAllah boleh...biar susah dulu... janji satu hari nanti, hati kita puas...

    ReplyDelete
  7. salam perkenalan noorul.kita berkenalan di alam maya namun perkongsian pengalaman ina membuatkan ina terpanggil untuk membantu noorul.ina ada anak kembar yang berusia 18 bulan insyaalah akan meneruskan penyusuan selama yang mungkin..cuma 1 pesan ina jika kita inginkan yang terbaik maka kita akan berusaha ke arah itu.cadangan ina minumlah segelas air suam sebelum dan selepas mengepam@menyusu dan niatkan untuk melancarkan air susu.Makan dengan teratur serta menu sihat.pengambilan vitamin juga membantu..yang paling paling BERDOA lah setiap kali kita merasa RISAU kerana dengan berdoa jiwa lebih tenang..salam ukhwah

    ReplyDelete