nuffnang

Terus Melangkah di Tahun Baru


Salam 2010 semua.. dah dekat seminggu masuk tahun baru. Cakap pasal tahun baru, semua pasang azam. Nak buat itu, nak buat ini. Tapi jarang hujung tahun kita buat post mortem apa yg kita lalui sepanjang tahun. Tahun lepas aku tak ingat pun apa azam aku? Ade ke? Ntahla aku jenis tak suka pasang azam awal tahun. Aku suka buat azam short term, bila ada something yg aku nak.. or ada apa2 projek untuk diri sendiri.

Anyway aku nak review balik kisah2 tahun lepas..

1) Hujung Januari 2009- alhamdulillah, aku pregnant buat kali kedua, after dekat 2 tahun kehilangan baby dlm kandungan masa 6 bulan, dengan sbb2 yg tak diketahui. Masa ni aku mula jumpa doktor pakar balik, ambik ubat subur. Sekali makan, terus lekat.

2) 21 Mac 2009 - gi scan, doctor tak detect heartbeat baby.. masa tu dah 11 minggu. Jumpa doc pakar balik. Buat kali kedua, aku kehilangan baby aku. Masuk hospital, buat D&C. Tak sakit pun, dapat MC 2 minggu. Kwn2 ofis ramai yg tak tau aku pregnant masa tu, sbb aku tak bcerita.. aku PHOBIA kalau jadi apa2. Apa yg aku takutkan.. mmg betul2 jadi.. aku tabahkan hati..

3) May - Sept 2009 - terus jumpa doktor pakar, doktor naikkan dos ubat subur dr 1 biji sehari ke 2 biji, tapi tak berhasil.

4) Ogos 2009 - Dapat berita nenek saudara meninggal pada 2 Ogos, diikuti 2 beradik sepupu yg maut dalam kemalangan pada pagi 3 Ogos ketika dalam perjalanan mengunjung jenazah nenek.
Paling mengejutkan, abah pula menyusul pada 8 Ogos, tinggalkan kami tanpa pesan.. sesuatu yang sangat terkesan dalam hidup aku. Hanya doa yang dapat aku titipkan.

Bersambung lagi nanti..



No comments:

Post a Comment