5) Nov 2009 - Period delay 5 hari (total cycle 35 hari), tapi tak berapa rasa nak check. since 2 bulan before that cycle aku lambat 45 hari, pastu 37 hari. Kemas2 rumah, jumpa pregnancy kit yg belum guna (stock selalu ada kat rumah ^_^). Pagi esok aku saja try, terperanjat nampak 2 line walaupun agak kabur. terus inform hubby.. sama2 terdiam. Hubby terus peluk aku, cium dahi aku. Suka + risau + phobia. Aku agak terkejut since aku tak amik ubat subur month before, walaupun doktor dah increase sampai dos paling tinggi, 3biji/sehari. Tak sangka masih ada peluang aku pregnant secara normal. Jumpa doktor pakar, dia confirmkan positif. Alhamdulillah, Allahu Akbar!
Sampai saat entry ni ditulis, hanya family terdekat + 4 orang ofismate aku yg tahu. Aku mmg tak ready nak bercerita pada sesiapa. Prinsip aku mudah, selagi tak lahir anak ini, aku takkan menjaja cerita.. sebab aku takut kecewa akhirnya. Untuk orang yang mempunyai PCOS macam aku, bukan mudah nak mengharungi situasi ini. Aku akan terus berdoa semoga Allah mengurniakan zuriat ini, zuriat untuk membahagiakan kami suami isteri, zuriat yang menjaga kami pada waktu tua kami dan zuriat yang mendoakan kami setelah kami pergi meninggalkan dunia ini.
Sekiranya ada rakan2 ofismate aku yg baru tahu melalui entry ini, tolonglah jangan bergossip di ofis, jangan sesekali berkata, “Eleh, itu pun nak berahsia… bla..bla..” Aku tak sanggup nak mendengarnya. Hanya, fahami aku dan hormatilah prinsip mudah aku. Sekiranya zuriat ini membesar dengan selamat, aku izinkan semua berkongsi gembira. Andainya Dia hanya mengizinkan separuh jalan, aku rela memendam perasaan seorang diri, kerana tidak ada seorang pun yang mampu memahami diri aku sebagaimana aku..
Untuk rakan-rakan yang membaca entry ini, TOLONGLAH doakan aku. Doakan aku untuk perjalanan ini.. doakan aku mendapat cahayamata yang dinanti dalam tahun 2010 ini. Amin.
aminnn..
ReplyDeletenaja berdoa untuk noorul & juga untuk diri naja sendiri..
moga ade rezeki untuk naja bergelar seorang ibu.. aminnn ya robbal 'alaminnn..
tahniah nurul...
ReplyDeletetake care naaa
semoga semua selamat smpai bersalin nnt
insyaAllah, aku juge turut sama doa kan ko Nurul;
ReplyDeleteYa Allah, selamat kan lah kandungan dan kesihatan sahabat ku ini.
AMinn!
:)
salam kak..pcos tuh aper?
ReplyDeleteinsyallah....jaga diri baik baik2.doakan awk+ baby selamat...
ReplyDeleteNaja : mudah2an tercapai hajat tahun ni..
ReplyDeleteK.ana : tolong doa sama nooo..
Ikin : thanks a lot.. terharunye..
BudakMalu818 : Awak tekan kat perkataan PCOS tu.. ada link dier..
K.Fariza : thanks yer.. doakan yg baik2 semua..
Noorul,
ReplyDeleteTake care of yourself and doa banyak2, InsyaAllah everything will be fine (^-^)
Thanks kak lin.. selamat berhoneymoon!
ReplyDeletetake care dik, semoga selamat semuanya....semoga dikurniakan zuriat yang membahagiakan ibu dan ayah, dunia dan akhirat....amin
ReplyDeleteThanks k.maya! You too.. semoga cpt2 abis PhD..
ReplyDeleteTahniah Noorul + Am: InsyaAllah, berkat kesabaran & ketabahan korg serta tangan2 sahabat yg mendoakan, mudah mudahan selamat ke destinasi. Jaga diri baik2 + ikut nasihat Doc & kita sama2 berdoa dan berserah pada-Nya... Noorul, kau sungguh TABAH!
ReplyDeleteNoorul, kau ader PCOS rupanyer.
ReplyDeleteAku pun ader gak. baru tau last 3 years.
Share dengan aku k pasal ubat2 subur ni. Lepas kahwin senang nanti. Good luck k noorul. Harap baby ko sihat.