nuffnang

Satu Pengalaman Terindah (Tentang Cahayamata)

Salam semua, aku baru je lepas surfing satu blog.. yang sesungguhnya sangat2 menguji ketabahan hati penulisnya dan diri sendiri.
Air mata tak boleh ditahan-tahan.. betapa seorang ibu muda bernama Myah melalui pengalaman yang jarang sekali orang lain dapat rasakan.

Anak
adalah permata hati
penghibur kala sunyi
penyambung kasih 
suami dan isteri

Namun tak semua bertuah.. termasuklah diriku. Dan, tak semua juga yang memahami apa yg kami rasa. 

Perjalanan hidup aku dan Myah hampir sama, tapi Myah lebih beruntung kerana babynya survive walaupun sekadar 93 hari.

Aku masih terkilan, kerana tak dapat menatap wajahnya buat kali terakhir. Dan perasaan itu masih ada walaupun sudah 2 tahun berlalu..

Hanya yang mampu aku berdoa, semoga insan-insan yang senasib dengan kami, akan digantikan dengan yang lebih baik pada satu hari nanti. Dan begitu juga harapanku pada sahabat-sahabat yang memahami.. agar sentiasa mendoakan kami mendapat cahayamata sendiri, walaupun sekadar seorang buat penyeri hidup kami yang kesunyian.

Untuk kisah Myah -->  baby Faith Hope. Selamat membaca.

1 comment:

  1. jangan le sedih....insya Allah...ade rezekinya ...AMIN

    ReplyDelete