nuffnang

Catatan Kelahiran Adam Mirza (Part I)



Diam tak diam sudah seminggu usia anakku. Sungguh indah ciptaan Ilahi, anak comel ini tak pernah puas ku tatap wajahnya. Jadual harianku sudah berubah seratus peratus, mujurlah ada mentua yang menjagaku sejak Adam lahir.


Sejarah kelahiran baby Adam, semoga satu hari dia dapat membaca catatan umminya ini.


5 Julai 


11am - Appointment dengan Dr Suhaimi Hassan, Pakar O&G di Hospital Penawar. Dr Suhaimi terperanjat aku belum bersalin. Apa nak kata.. due lagi 5 hari. Dia tak suka aku ambil risiko. Disuruhnya aku terus ke HSI and makes stories so I can admit to ward. Sebelum pergi, Dr Suhaimi check bukaan rahim, sudah 1cm.


1.15pm - Tiba di HSI dan terus ke bilik saringan. Hubby tunggu di luar, sempat lagi wish good luck. Masuk je bilik saringan terus ditanya doktor kenapa. Aku jawab, saya risau, baby dah 2 hari kurang gerak. Haha, boleh ek bagi alasan mcm tu? Cuba bayangkan kalau betul2 jadi.. hisshh mintak simpang. Buat CTG dan scan, doktor kata semua ok, takde apa yang perlu dirisaukan. Aku hanya boleh masuk wad kalau dah lewat 9 hari dari due date. Aku merayu-rayu minta dimasukkan ke wad, since my previous cases buat aku risau sangat2. Habis berlakon mintak simpati. Last2 doktor tu try nak discuss dengan doktor pakar. Check jalan sekali lagi, memang dah buka 2cm.


4.00pm - Doktor panggil, katanya aku dibenarkan masuk wad. Special case sebab ada 2 sejarah keguguran sebelum ni, anxious mother, jalan dah buka dan atas alasan 'social reason'. Thanks HSI.


8.00pm - Bermalam di wad dengan rakan2 seangkatan yang punya pelbagai kisah dan ragam semasa kehamilan buat aku bersyukur yang teramat sangat. Proses kehamilanku amat mudah, tanpa darah tinggi, kencing manis dan segala macam masalah. Aku masih boleh bergerak ke sana sini sendirian tanpa menyusahkan suami. Malam itu tidur seawal 10.00 malam, sebab kena bangun seawal 6.00pagi.



Akhirnya.. Berakhirnya Penantian Kami

Alhamdulillah.. lahir sudah zuriat yang kami nanti2kan selama ini.. Syukur ke hadrat-Mu ya Allah..


Adam Mirza bin Mohd Idham
Born on 6th July 2010@5.36 pm
2.68 kg, Length 49cm, head circumference 32cm



Menanti Hari



Salam, oh seronoknya bermalas-malasan di rumah, menanti hari bahagia untuk ke sekelian kalinya.


Sudah hampir seminggu bercuti, mintak MC actually.. bila genap 38 minggu. Ofismate advise kerja sampai abih June, tapi mood dah tak ada. Lagipun dah tak larat nak fikirkan kerja2 kat pejabat. Baik duduk rumah.. 


Insya Allah bila tiba masanya aku akan bersalin di Hosp Sultan Ismail JB. So far, semua dah siap sedia..
Babysitter pun dah dpt, jiran tetangga terdekat juga. Stroller, carseat and babycot belum beli, tunggu abis pantang baru nak cari.


Breastpump? Hajat di hati nak sangat2 bagi exclusive bf, mohon Allah bg rezeki untuk si budak kecik ni. Target nk beli Medela Harmony or Swing, tp ikutkan tokey (Mamaqstore), function and milk quantity sama je, yg beza Harmony ni penat la sikit coz manual. 


To all my blog readers, doakan aku dan anakanda selamat. Aku juga ingin memohon maaf andai tersalah kata dlm menulis dan memberi komen.