nuffnang

Catatan Kelahiran Airis Sofea (Part I)

Salam, syukur ke hadrat Ilahi kerana telah mempermudahkan urusanku untuk beberapa minggu yang lepas.

Dalam kesibukan kerja sehari-hari, diam tak diam sudahpun menghampiri hari2 terakhir kehamilan kali ini. Yang menjadi persoalan adalah BILA akan aku melahirkan. Adakah awal? Lewat? Tepat pada masanya? Sempatkah hubby pulang untuk menyambut kehadiran anaknya? Terlalu banyak persoalan tetapi tiada jawapan. Akhirnya aku biarkan saja ia berlalu tanpa cuba memikirkannya lagi.

Selepas adik aku terpaksa pulang mengejut, emak aku datang 5 hari kemudiannya untuk menemani aku. 19 Mei, masih sempat turun ke Melaka menghadiri majlis perkahwinan sepupu dan minggu seterusnya aku sudah mula bercuti kerja walaupun due date aku dijangka 28 Mei. Hari2 berlalu tanpa tanda2 yang ditunggu adalah satu penyiksaan.

Sebahagian ahli keluarga


Boolat nya...!!


26 Mei, hubby bertolak pulang dari Frankfurt dan tiba di KLIA jam 7 pagi 27 Mei. Adik ipar aku mengambilnya pulang ke Melaka. Kemudian bertolak ke Johor dengan bas pukul 3 petang. Aku sendiri yang mengambilnya di Stesen Bas Larkin. Punyalah excited hubby nak balik siap bawak kereta laju2, tak sedar esok lusa dah nak bersalin. Syukur bila tengok wajah ceria hubby pulang berjumpa isteri dan anak serta  wajah ceria Adam tengok ayahnya balik. Syukur juga jika aku bersalin dalam minggu itu, aku tahu hubby ada temankan aku. Jangan overdue seminggu dahlah.. Nanti hubby dah balik.

To be continued..

No comments:

Post a Comment