27 Mei : Ahad malam Isnin.. masa nak tidur aku dah rasa
macam senggugut memulas-mulas kat perut.. tapi tahap biasa2 saja. Aku monitor
untuk sejam dua walaupun hubby dah offer nak pergi hospital. Tau2 dah tertidur,
terjaga pukul 3 pagi dah tak rasa apa dah.
28 Mei : kalau mengikut tarikh scan oleh Dr Suhaimi Hassan,
hari ini aku cukup 40 minggu. Hari ini juga aku ada appointment dengan hospital
Penawar. Sebelum pergi ke hospital aku perasan
ada turun tanda sedikit dalam mangkuk tandas tapi tak sakit apa pun.
Pukul 10 pagi pergi ke Hospital Penawar, Dr Roszaman pulak cuti, yang gantinya
Dr Hasmah dari Hospital Sultan Ismail. Ok jugak, memang nak bersalin di HSI pun.
Bila check jalan, rupanya dah 4 cm. Uishh.. tak rasa apapun. Hubby yang
kononnya nak lunch dengan kawan2 sepejabat terpaksalah cancel. Tapi pergi
sekejap ke ofis untuk hantar coklat dan jumpa staf dan bebudak kilang.
Balik lunch kat rumah, pukul 3 lebih baru pergi HSI. Kalau
lambat2 nanti dah sampai abis office hour jalan jammed pulak. Terus masuk bilik
saringan, tapi doktor2 kat situ tengah kelam kabut ada emergency case untuk
ectopic pregnancy. Lepas kelam kabut tu, doktor2 muda ni ada teaching dengan
consultant, pukul 5 baru diorang check aku. Still 4 cm, tapi dah start rasa
contraction 5 minit sekali. Boleh proceed ke labor room, tapi.. labor room
penuh daa.. 9 orang tengah tunggu. Bila ada bilik kosong, ada patient dari
Hospital Kota Tinggi emergency terus masuk bilik tu. Aku tak kisah pun, aku
exercise jalan mundar mandir dalam bilik saringan. Sampai doktor kat situ bagi
aku makan pizza dan air revive tengok muka aku lapar sangat. Masa tu contraction
dah 2-3 minit sekali.
Pukul 7 malam, aku minta hubby belikan roti dan milo panas,
gila sejuk dalam bilik saringan ni. Masa tu jugak lah nurse panggil masuk ke
labor room, tapi aku cakap nak makan dulu. Dah settle semua, salam cium hubby,
baru masuk labor room.. dalam pukul 7.40 malam macam tu. Total : 4 jam dalam bilik
saringan.
Kat labor room ni aku paling nyampah tengok jam kat dinding,
betul2 depan mata. Asyik dok tengok jarum saat bergerak, huh paling seksa lah.
Aku tanya pasal petidine, nurse cakap akan bagi. Entonoks aku tak nak, takde
kesan pun. Epidural buat2 tanya je lah. HSI ada provide, tapi masa office hour
saja.
8:22 malam : Doktor datang, kosongkan pundi kencing dan
pecahkan air ketuban. Masa ni dah terbayang contraction gila2 lepas air ketuban
pecah. Dalam masa 15 minit, memang dah sakit gila2, contraction dah seminit
sekali, minta petidine pun nurse tak layan, dia cakap belum lagi. Dia asyik
mintak aku mengiring ke kiri untuk kurangkan sakit. Aku minta panggilkan hubby
segera.
Sampai satu masa, aku cakap dengan nurse, “dah nak push
sangat dah ni..”. Dua kali aku cakap dengan nurse (drama ulangan masa
beranakkan Adam, tapi dulu dengan doktor). Nurse datang check, dia cakap baru
8cm, tapi time tu aku dah start push dan hubby pun tetiba jadi hero tunjuk muka
dalam labor room. Huhu..
Aku rasa masa tengah push tu aku dah terberak seketul, nasiblah..
out of control aper.. dan rasa kepala baby dah separuh keluar. Aku berhenti
sekejap ambik nafas, nurse tu suruh terus teran je. Kalau time Adam dulu,
doktor suruh tunggu rasa contraction baru push, tapi kali ni dah tak ada
contraction. Maybe sebab kepala baby dah keluar separuh. So tarik nafas, terus
teran.. sekali dengar bunyi ‘plop’.. nah kau.. keluar sorang.
8:47 malam : Lahir sudah puteri kami, terus murse letakkan
atas badan aku.Ada iras Adam sikit je, tapi muka dia kembang air lagi. Berat
3.11 kg. Sepasang sudah cahayamata yang diamanahkan Allah.
Alhamdulillah, total labor time hanya 25 minit, jauh lebih
mudah berbanding Adam. Betul2 natural, tanpa petidine (tak sempat!), tanpa episiotomy
(ouchhh..). Sampai nurse pun jeles dan tak sangka begitu senang aku beranak. Apa nak buat, di sebalik kesenangan, dah rasa
susah payah membawa perut tanpa hubby di sisi. Mujur Allah memperkenankan doa
kami, dan mengizinkan semuanya berlaku seperti yang kami rancang.