nuffnang

Adam @ 1 year 4 months

Lama tak update pasal adam kan? Agak busy dan malas sejak kebelakangan ni. Ni first gambaq studio adam. cute tak? huhu lelah dan mengah nak bagi dapat sekeping cantik macam ni.. tak tau la shoot yang ke 8 ke yang ke 9 baru dapat.


Anyway perkembangan adam setakat ni :

1) Dah berlari sana sini, panjat kerusi, meja makan, masuk dalam kereta. Paling dia suka berlari dalam Jusco. Suruh ummi ayah kejar.. kalau letak dalam stroller / troli.. melalak lalak macam kena sampuk.

2) Dah boleh sebut Nak, Nanak (tak nak), Dah, Hot (sambil pegang mangkuk/cawan panas).. Wawah (Tuah si kucing dia). Ayah dah lama sebut.. Ummi je belum lagi

3) Suruh mandi cepat2 minta ummi bukakan baju. Bila masuk bilik air, suka tepuk air dalam mangkuk tandas.. ish ish ishhh

4) Upin Ipin still favorite cartoon dia.. Nak makan luar mesti standby video clip dalam hp.. baru leh makan dengan tenang.

5) Berat adam dah capai 12 kg.. ummi tak larat dukung lama2..

6) Dah pandai aminkan bila orang baca Bismillah masa nak makan dan tido..

7) Suka buku dan pen.. Tapi macam kidal lak si Adam ni.. semua nak guna tangan kiri

8) Tak boleh marah dia kasar2, nanti terus dia tampar muka kita banyak2 kali. So kalau dia buat salah, kena guna tone yang rendah..

9) Suka punggah botol kicap dgn botol sos dari dalam kabinet dapur.. So terpaksa seal semua pintu kabinet

10) Hobi terbaru dia.. cabut huruf keypad laptop ummi.. lepas dia cabut, cepat2 suruh ummi pasangkan balik.. nasib baik takde yang hilang..

Sekarang Adam tinggal berdua je ngan ummi, ayah dah keje jauh.. tak sabarnak reunion ngan ayah.. semoga Adam jadi budak baik dan tak nakal masa ayah takde ni..


Dah abis baca entry? Cuba check apa yang ada kat sini..

1 comment:

  1. eh sama la..Eilman pun suka cabut huruf keypad laptop skang ni..hehe..

    ReplyDelete