nuffnang

Menjelang Setahun

Aduhai resah gelisah bila anak tak sihat.. Hari Jumaat lepas babysitter call, bgtau adam demam dan muntah.

3-4x muntah, babysitter terus bawak gi klinik.. taknak tunggu aku dah..kena masa ubat bontot. Masa ambik adam tgh tido, lembik je. Sampai rumah dia sambung tido lagi sejam. Dah bangun terus main bola panjat sofa.. ingatkan dah ok.

Tgh malam dia muntah lagi.. bagi susu, muntah susu, bagi air muntah air.

Siangnya terus bawak gi Hospital Penawar jumpa Dr Aziz.. kena tahan wad masuk air sebab dehydrated. Kesian anak aku.. terpaksa tido semalaman.. 




Ni pas masuk ubat.. nampak ok sikit..

Dah discharge.. kena bayar RM1200.. ayah bayarkan.. takpe ayah, duit boleh cari..

Hari ni ummi cuti, monitor adam.. pagi tadi pun panas lagi  and muntah sekali.. dah mandikan dia 2x.. biar berlenggeng dalam rumah.. rasa macam dah sejuk badan dia. Harap2 malam ni adam sihat betul.. takde lah ummi risau kalau kena pegi keja.. Get well my boy..


Dah abis baca entry? Cuba check apa yang ada kat sini..

No comments:

Post a Comment