nuffnang

Adam @ 1 year

Alhamdulillah, dah besar anak ummi. Diam tak diam dah mencecah setahun pada 6 Julai lepas.

Oleh sebab birthday Adam jatuh tengah minggu, jadi takde la apa2 yang spesel sangat. Dah tu dapat parents jenis kedekut berjimat cermat, beli kek birthday pun tidak.. huahua.

Ayah ngan ummi takde la jenis nak celebrate buat party ke ape.. Adam kecik lagi.. belum paham erti sambut birthday.

Apapun ujung minggu aritu sempat la keluar cari hadiah Adam.. of course la g makan2 dulu kan.

Jalan-jalan Tanjung Langsat

Tak larat nak angkat dia sebenaqnya ni..

Try jalan.. takut2 lagi

Tatih.. tatih..

Singgah makan ketam blackpepper.. mmg sedap! Sekilo makan 2 orang. 

Eh Adam?

Ohoho.. tido kat kaki ummi.. boleh makan dengan tenang.. 

Ni lah hadiah besday Adam.. Amboi senyum lebar ek? 
Birthday boy.. dah besar budak ni.. semoga jadi anak soleh dan beriman..



Dah abis baca entry? Cuba check apa yang ada kat sini..

Menjelang Setahun

Aduhai resah gelisah bila anak tak sihat.. Hari Jumaat lepas babysitter call, bgtau adam demam dan muntah.

3-4x muntah, babysitter terus bawak gi klinik.. taknak tunggu aku dah..kena masa ubat bontot. Masa ambik adam tgh tido, lembik je. Sampai rumah dia sambung tido lagi sejam. Dah bangun terus main bola panjat sofa.. ingatkan dah ok.

Tgh malam dia muntah lagi.. bagi susu, muntah susu, bagi air muntah air.

Siangnya terus bawak gi Hospital Penawar jumpa Dr Aziz.. kena tahan wad masuk air sebab dehydrated. Kesian anak aku.. terpaksa tido semalaman.. 




Ni pas masuk ubat.. nampak ok sikit..

Dah discharge.. kena bayar RM1200.. ayah bayarkan.. takpe ayah, duit boleh cari..

Hari ni ummi cuti, monitor adam.. pagi tadi pun panas lagi  and muntah sekali.. dah mandikan dia 2x.. biar berlenggeng dalam rumah.. rasa macam dah sejuk badan dia. Harap2 malam ni adam sihat betul.. takde lah ummi risau kalau kena pegi keja.. Get well my boy..


Dah abis baca entry? Cuba check apa yang ada kat sini..