nuffnang

Sahur oh Sahur

Citer minggu lepas..

Punya la letih melayan Adam satu hari, so sampai malam aku dah 'lepak' dan melepek..

nak masak untuk sahur pun tak larat, jadi minta tolong ayah adam yang encem tolong masakkan sambal udang.

Dodoikan adam dekat sejam baru nak tido.. ngan aku2 skali terlelap. Pukul 12 malam, aku alihkan Adam ke tilam dia, ada bau-bau sedap menusuk hidung.. ada pulak orang buat kuih malam2 ni.

Sekali kul 2 Adam nak susu, aku bangun basuh botol.Bukak je pintu lagi kuat sedap dan harum meremangkan bulu roma bau dia.. rupa2nya.. ni haaa..

|

|

|

|

|

|

|

|


Sambal udang hangit gara2 ayah adam kecikkan api dan lupa nak tutup.. Haishh.. dah la itu je lauk yang ada nak buat sahur. Last2 aku goreng nasi dengan ikan bilis. Syukurla tak terbakar rumah..

Moment with Newborn Baby Contest



Jom sertai contest yang dianjurkan oleh mrs. Simplicity ni. sila klik sini untuk melihat syarat2 pertandingan dan hadiah2nya. Jangan lepaskan peluang ok!


nama : ADAM MIRZA BIN MOHD IDHAM
tarikh lahir : 6 JULAI 2010
berat semasa lahir : 2.68kg
umur ketika gambar diambil : 2 JAM SELEPAS DILAHIRKAN
nama ibu : NOORUL AZUWAR ZULKHAFRI
email : noorulaz@gmail.com
cerita disebalik gambar : Empat tahun ummi dan ayah memendam rindu menanti kehadiran cahayamata. Akhirnya bayi comel ini hadir mewarnai hari-hari suram kami. Menitis air mata ummi saat kau dilahirkan. Kini, kami bahagia dengan kehadiranmu duhai anakku!

Saya Kagum, Saya Risau

Arini baby Adam dah sebulan seminggu, cepat benar masa berlalu. Badan dah semangat, pipi dah melayut (haha..) tapi aku sedih, seawal tempoh alam keibuanku, aku dah gagal.. Gagal memberikan susu badan secara eksklusif. Aku menghadapi masalah inverted nipples. 3 hari pertama Adam lahir, dia masih mampu menyusu. Sebaik sahaja bengkak susu, masalah inverted nipple mula mengganggu. Adam langsung tak dapat menghisap, melalak2 kelaparan.. dan jalan penyelesaian.. susu formula. sedih sangat masa tu. Sedangkan dari awal aku berniat nk breastfeeding.


Awang botakku


Hubby belikan pump manual Pureen, dapatla bantu nak kurangkan bengkak dan keluarkan susu. Bila balik berpantang di Melaka, ada hamba Allah yang baik hati pinjamkan pump Spectra 3. Sekarang aku pakai Medela Swing, beli second hand dengan harga RM350. Dalam masa yang sama, aku cuba menyusu badan menggunakan nipple shield, juga kurang berjaya. hushhh, sapa kata senang nak susukan anak?


Sampai hari ini, Adam menyusu botol dengan expressed breastmilk dan susu formula. Aku masih berusaha nak menambahkan susu badan supaya dia tak bergantung pada susu formula. 


Langkah pertama, nak tambahkan susu badan. Macam2 cara dah buat, air longan kering dengan kurma hitam, horlicks, oat tapi hasil tak seberapa. Sekarang ni tgh cuba buat power pumping ikut saranan kak Nadiah.


Langkah kedua, nak buat stok EBM. yang sedihnya, jauh lagi cita2 ni selagi langkah pertama belum tercapai.


Cuba tgk bawah ni.. memang kagum dgn kwn2 aku yang boleh wat stok mcm ni.. dasat kan?





So, kalau mcm ni.. mcmana aku tak risau?  Sapa boleh bantu? Ada tak sesapa kenal Lactation Consultant or Peer Councellor dekat JB or Pasir Gudang ni? Helpppp!!!



Majlis Akikah Baby Adam


Majlis akikah untuk baby Adam pada 7 Ogos lalu serentak dengan tahlil untuk arwah abah, cukup setahun pulang ke rahmatullah pada 8 Ogos 2009.

Baby Adam ngan ummi

Jemaah masjid

Ayah mencekik dulu..

Ummi pulak, lauk pantang ke tuu...

Baby Adam tido jek


Baby Adam dgn cousin - Qistina

Adam versus Ayah