Sudah 2 minggu abah pergi. Pemergian yang tak kami jangka sama sekali.. sedang sihat dan sempat bergurau senda, dengan tiba2 dipanggil Allah. Apalah daya kami, sebagai hamba-Nya kami redha kerana sudah tertulis di Arasy.
8 Ogos 2009, hari itu aku menduduki peperiksaan PTD (Pegawai Tadbir & Diplomatik) di Johor Bahru dari pagi hingga ke petang. Paper terakhir bermula 3.30 ptg, namun aku dapat panggilan dari kakakku pd pukul 3.15 ptg. Dia memberitahu abah di ICU, serangan sakit jantung. Aku panik, tapi kakakku suruh aku menghabiskan paper terakhir kerana status abah belum diketahui. Cepat2 aku call hubby, minta dia dapatkan update. HP aku hanya letakkan di atas meja, mana tahu ada panggilan terbaru.
Pukul 4.10 ptg, ada 3 miscalled. Dua dari abangku, satu dr hubby. Aku merasakan sesuatu yg buruk telah berlaku. Aku menghabiskan ayat2 esei terakhir dan terus menghantar ke pegawai pemeriksa. Sebaik sampai di kereta, terus aku call hubby.. dan diberitahu yang abahku dah tak ada.. berderai air mataku, namun hubby menyuruh aku tenang dan balik ke Seri Alam dengan segera.
Mama telefon dan menyuruh kami balik dengan flight, kerana sanak saudara kami masih trauma dengan kemalangan sepupuku yang tidak sampai seminggu. Namun bukan rezeki kami, terpaksa juga balik dengan kereta bertemankan sepupu dan nenek sebelah mama yg kebetulan berada di Johor. Bertolak 5.45 ptg, tiba di Alor Star pukul 3.15 pg. Terus aku ke kampung di mana jenazah abah dibawa. Atas persetujuan ramai, abah tidak diuruskan di rumah kami, tapi di kampung di mana peralatan menguruskan jenazah masih ada.
Adik-adikku datang memelukku.. dan aku hanya mampu berkata.. kita dah tak ada ayah.. terus aku pergi ke pembaringan abah.. wajahnya tenang bagaikan sedang tidur. Adikku menenangkan aku, dan menyuruhku membisikkan di telinga abah, mohon maaf atas segala kesilapan.. kerana abah masih mendengar. Kucium dahi sejuknya, kuusap kepalanya. Sepanjang malam, aku hanya tidur 1/2 jam, yg lainnya aku sedekahnya bacaan ayat2 suci kepadanya.
Urusan memandikan abah dibantu oleh semua anak dan menantu lelakinya, kemudian kami cium dahinya buat kali terakhir sebelum dibawa ke masjid dan dikebumikan. Bersemadilah wahai abah dngan aman, semoga Allah mengampunkan dosa-dosamu dan meringankan siksaan. Bermulalah episod baru hidup kami sebagai anak yatim, dan sesungguhnya aku sangat kasihankan mama dan dua adikku yang masih bersekolah. Adik-adikku sangat rapat dengan abah, sementelah mereka yang paling bongsu dan paling banyak menghabiskan masa dengan abah. Tanggungjawab yang berat menantiku pada masa2 yang mendatang. Semoga Allah memberi kekuatan kepadaku dalam memikul tanggungjawab ini..
Al-Fatihah untukmu abah.
No comments:
Post a Comment