nuffnang

Mengira Hari, Jam, Minit dan Saat

Lagi 2 hari nak cukup 40 weeks.

MUNGKINkah hari ini? Esok? Cukup bulan? ataupun terlebih hari?

*Sigh*.. arghhh..

tak sabar nak menatap wajah.. memeluknya dalam dakapan..

Ya Allah, lahirkan dia dalam keadaan sempurna, jadikan dia hamba-Mu yang beriman.

Janganlah Kau biarkan dia mewarisi sifat buruk kami.

Amin..

Adam @ 1 year 10 months


Gelagat anak bujang aku.. dia tgh tak perasan kena ambik video.. kalau perasan, mampus dia tak buat.. 



Pregnancy Diary : 38 weeks

Tadi ada appointment dengan HSI, first time check up dengan government untuk pregnancy kali ini. Aku rasa HSI sangat2 la bagus servis dia, dari dulu pun tak de la aku nak ngomen or tak puas hati dengan hospital kerajaan nan satu ni.

Appointment pukul 9, register pukul 8.45 pagi, pukul 10.15 pagi dah siap.So nanti datang hospital time nak bersalin je. Satu lagi, HSI dah revise polisi untuk overdue pregnancy. Dulu kalau 9 hari overdue baru HSI akan induce. Sekarang dah 7 hari. Harap2 aku tak la overdue, biar bersalin awal.

Tapi bila timbang berat hari ni naik 2.5kg dari minggu lepas, macam tak betul jek. Tau la semalam makan nasi kenduri 2x dengan seleranya.. dan tak membuang lagi pagi ni. So bila balik umah, timbang sekali lagi. Huh, takde la naik 2.5 kg. Paling banyak pun 0.5kg dari last week. Biasalah, penimbang lain2, entah2 tak calibrate. So kena percaya pada satu penimbang je.

Doktor scan confirm around 38weeks, tapi EFW kurang sikit dari Penawar. Doktor Roszaman Penawar check last week dalam 2.8kg, tapi HSI scan dalam 2.61kg. Lebih kurang saiz Adam lahir. Omaknya yang besar.. hmmm..

Nak tayang gambar perut terbaru.. masa check up week 37 kat Penawar last week. Bam bam kan? tengah ferasan ala2 gadis Sunsilk.


Sunyi : Sendiri

Kosong.

Segalanya dalam perancangan Allah. Hari ini dan beberapa hari akan datang aku hanya berduaan dengan Adam di rumah.

Adik yang menemani aku selepas SPM, terpaksa pulang mengejut ke Terengganu, menyambung pelajaran ke Tingkatan Enam. Tiada lagi yang membantu melayan ragam Adam di saat2 aku kepenatan dek saratnya kandungan.

Kasihan mak aku, lepas uruskan adik daftar sekolah, dia terpaksa bergegas ke Johor untuk temankan aku. Cadangnya hujung minggu depan, tapi risau pulak dia nak tinggalkan aku sorang2. 

Lagi 2 minggu, itupun kalau baby tak keluar awal. 

Doakan aku kawan2, supaya tidak melalui saat kritikal seorang diri.. semoga sempat mak aku sampai temankan aku.

Suamiku, betapa aku memerlukan kau di saat ini.. di sisi..