Rasanya masanya dah tiba untuk kembali ke alam nyata. Facebook akan ditutup bulan March nanti. Apa kata korang?
Facebook untuk aku ada pro dan kontranya. Bagi aku yang jauh dari family dan kawan2, FB la yang menyambungkan kami.. bertukar cerita, foto terkini dan suka duka. Dunia FB jauh lebih murah dari bil telefon yang dikaut dek syarikat telco yang ada. FB juga jauh lagi mudah dari mengepos surat, hanya duduk di depan TV malah di dalam tandas juga boleh berfacebook mobile dengan iPhone (belum punya iPhone, harap maklum!)
Tapi tak boleh dinafikan ada keburukannya, kadang2 aku rasa macam 'hamba' facebook, buka laptop harus facebook yang dicari. Mencari cerita2 menarik dalam Top News untuk dijadikan bahan gossip. Malah sanggup mengadap facebook berjam-jam lamanya sehingga melengah2kan kerja lain. Malah bila membaca tulisan
Khairul Azizi ibarat baru tersedar dari dunia leka selama ini.
Jadi walau berat hati, aku mengalu-alukan keputusan Mark Zuckerberg untuk menutup Facebook ni. Let us FACE the REAL WORLD. Sesiapa yang belum tahu cerita boleh baca di
sini.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Update on 10Jan - it's a
false rumor. Kihkihkih, kena tipu mak..