Betul, tinggal lagi 4 minggu, insya Allah. Seorang demi seorang bakal masuk ke labour room, atau kat mana2 yang sempat.
Tahniah kepada sahabat kami Juzmaliza yang telah selamat melahirkan baby girl 25-Mei lepas yang diberi nama Ariessa Sufeeya. Yang kelakarnya, aku pernah mengidam nak letak nama Arissa Safiyya kalau dapat baby girl.. nampaknya kena fikirkan nama lain lah.
Ariessa - copied from her daddy's FB.
Tipu kalau aku kata aku tak nervous, tipu juga kalau aku kata aku tak excited. Tapi itulah fitrah manusia, mengandungkan, melahirkan dan membesarkan sedaya upaya. Insya Allah, aku mahu menjadi ibu contoh.
Anak dalam perut ini yang menjadi keutamaan buat masa sekarang. Bukan lagi kerja yang melambak di ofis, bukan juga thesis writing aku yang terbengkalai. Mood betul2 down untuk buat semua itu. Mengikut perancangan, doktor O&G aku (Dr Suhaimi Hassan @ Hospital Penawar) menyuruh aku bersalin bila cukup 38 minggu, untuk mengelakkan sebarang risiko. Ohohoho.. sebulan je lagi.
Aku mengimpikan bersalin normal tapi bergantung kepada keadaan baby. Kalau songsang, doktor dah sound awal2.. operate aje. Adesss.. Bagi aku rugi kalau c-sect, tak boleh beranak ramai. Tapi kena marah dengan hubby, katanya bagi keluar seorang yang ni dulu, bagi selamat aku dan baby. Nanti baru fikirkan berapa ramai yang aku nak dan boleh beranak. Kalau ada rezeki, adalah kan.
Saya yang bulat @ 32 weeks
Preparation untuk baby, consider 90% dah lengkap. Beg hospital pun dah siap (hoho macam tak sabar je!). Tinggal sikit je lagi nak kemas2 barang balik kampung. Maklumlah nak berpantang kat 2 kampung, Melaka sampai abis urut, pastu terus balik Kedah sebulan. OK la untuk sekarang, nanti update lagi.