nuffnang

PRE-ORDER HANDBAG & HARD ROCK CAFE SHIRT FROM PARIS


Assalamualaikum wbt semua,

Saya akan ke Paris pada hujung bulan ini dari 29 Mar hinga 1 April. Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan beg tangan dan t-shirt Hard Rock Cafe, sila pm saya Facebook Iris e-Shoppe Germany ya? ^_^

Handbag Pre-Order :

Longchamp
Gucci
Louis Vouitton
Burberry
Prada

Main Salji

Yuhuuu.. salji dah turun sepanjang minggu ni..

Ada hari lebat.. ada hari sepoi2 bahasa je. Tahun lepas kalau Disember sekali je turun.. Krismas pun xde.. mengikut cakapnye incik hubby la.. Aku kat Malaysia lagi masa tu. Hehe..

Maka, tak dilepaskan peluang.. elok je si Airis tido, terus si ummi yang kipochi pakaikan Adam segala baju untuk sesi photoshoot. 

Tepi rumah jerrrr..






Ada lagi.. nanti ye upload lagi..

Keguguran


Eh dah berapa hari tak menjenguk blog aku ni. Mood dah ke laut daa..

Anyway nak citer pasal keguguran anak rambut aku yang makin menjadi-jadi ni.


Ini bukan diriku.. hehe.. ehsan Google Image.

Sejak Airis umur 3 bulan, rambut gugur bukan main lagi. Orang2 tua kata kalau budak asyik menyembur liur tu, tak lama lagi nipis le rambut mak dia. Haa betulla tu. Eh apa kaitan pulak anak menyembur dengan rambut gugur? Ikut logik mmg la takde kaitan, cuma bila umur 3 bulan, kebolehan si anak adalah membasahkan muka mak bapak dia dgn air liur.. manakala untuk emaknya hormon hamil mula kembali sediakala.

So bila hormon bertukar, maka berguguranlah air mata rambut atas kepala ni. Isk..Isk.. 

Hilang sudah rambut tebal gilang gemilang ala2 Fauziah Gous masa tgh mengandung hari tu.. Maka solusinya, potong rambut pendek sikit untuk ringankan rambut dan kurangkan gugur.

Tak lupa jugak, sapu lantai hari-hari. Huh!

Ok nak selit gambar budak montel mata bulat..


Sorry lah tajuk saja kasi gempak. Jangan marah naa..  ^_^