nuffnang

Abah - Part II



10 Sept 2009.. Kalau arwah abah masih hidup, 58 tahun umurnya hari ini.

Kalau betul2 dihayati, memang aku banyak mengikut perangai abah. Sama2 degil, keras kepala, kepala angin. Banyak benda yang kami tak bersetuju antara satu sama lain. Apa yang aku buat, abah akan betah dan apa yang abah buat, mesti aku tak setuju.

Aku faham benar kesusahan abah membesarkan kami 10 beradik. Bermacam ragam dan karenah. Oleh itu, dari kecil sampai besar aku jarang meminta dari abah dan aku juga tak suka membandingkan apa yang abah beri kepadaku dengan adik beradik yang lain. Ada ketikanya aku rasa abah berat sebelah dan berlaku tidak adil antara kami.

Namun, jauh sudut hatiku tetap mengakui dialah satu-satunya abahku. Tiada dua, tiada tiga. Kerana dia, aku lahir ke dunia. Dan aku pernah bertekad akan membalas jasanya, namun Allah lebih sayangkannya.

Kasihan abahku, hidupnya tak pernah senang dari muda hingga ke akhir hayatnya. Kesempitan hidup zaman kanak-kanaknya membuatkan dia seorang yang kuat bekerja, biarpun selepas pencen. Pernah juga tersilap langkah dek karenah anak-anak, namun dia tak pernah menyesalinya.

Abah, kurelakan kau pergi dari kesusahan dunia ini. Semoga hidupmu aman di sisi Allah. Ya Allah, ampunilah dosa abahku, ringankanlah siksaan kuburnya, terangilah alam persemadiannya dengan doa-doa kami ya Allah..


Arwah abah masa mudanya..

Kenangan Konvo UTM@2005

Arwah abah dan mama


Majlis Berbuka Puasa & Sahur (Round 1)


Hujung minggu lepas, acara marathon berbuka dan bersahur sudah bermula seperti tahun2 lepas. Ini adalah sebahagian rancangan mengeratkan ukhuwah di kalangan rakan sekerja kilang hubby aku.
So hari Sabtu kami berbuka di Skudai, rumah Qalid & kak Za. Menunya adalah laksa johor dan puding karamel yang menjadi pujaan kami setiap kali ke rumah mereka. 


Kanak-kanak riang


Bapak2 budak

Keesokan paginya, kami bersahur di McDonald's Bandar Seri Alam. Liat betul nak bangun pagi, tambah2 waktu sahur pukul 4 pg. Nasib baik la McD ni hanya 5 minit dari rumah. So, Sahur ni sponsored by engineers yang single mingle.. of course la diorg yg kena sponsor coz xleh buat majlis kat umah sewa masing2. Alhamdulillah dengan menu ayam goreng dan hot milo, cukup la sekadar ambik berkat bersahur. Pukul 5.30 baru kami pulang ke rumah masing2. Selepas subuh terus aku sambung tidur, sedar2 dah pukul 11.30 pagi.. ish..ish..ish..


Menu di McD



Muka2 tak mandi



Untuk majlis berbuka ptg ahad, kam berkongsi majlis dengan En Akla, bos hubby aku. Lagipun rumah kami hanya bersebelahan. Kami ditugaskan menyediakan Nasi Ayam Penyet (resepi main campak dalam periuk) beserta sambalnya sekali. Manakala En Akla dan Kak Wati menyediakan soto nasi yang memang terjamin kesedapannya. 
Alhamdulillah, Nasi Ayam Penyet kami laku, habis licin. Lain kali boleh buat lagi untuk menjamu kawan2 yg datang bertandang ke rumah.


Nasi Ayam Penyet & kuih muih sumbangan tetamu



Antara tetamu yang hadir



Insya Allah, hujung minggu ni kami akan meneruskan majlis di rumah kawan2 yang lain.

Kenapa Saya Suka Kucing?


I'm a cat lover. Dari kecik sampai besar, hidup aku bertemankan kucing.

Masa kat boarding school dulu, aku bela kucing yg ade je kat kantin.

Masa kat UTM, aku bela Daigo dalam bilik kolej.. from cute kitty sampai la jadi bapak budak. Daigo ni Ira yang jumpa, tp aku mintak bela. Last2 aku bwk balik ke Kedah. Sian.. mabuk kucing aku naik keta 8 jam. Tapi Daigo dah mati.. kena hawar + rindu kat aku.. Uuu..


Pastu ni la antara kucing2 yang penah aku peluk cium..


Luna ni kucing dapat dr uncle hubby aku.. sbb Luna ni nak beranak, diorg tak sanggup nak bela. So ni la kucing first since kami jadi laki bini.. Sempat la jugak Luna ni beranak 10 ekoq anak dia kat umah aku.. Luna ni aku sayang sbb dia cerdik. kalau dia xleh kuar umah then tak thn nak berak, mesti dia masuk bilik air then berak kat lubang air kat lantai tu. senang je nk bersihkan. Tapi masa aku nak pindah ke umah sendiri, aku bagi Luna ngan anak2 kecik dia kat kwn2 aku. wooooo sedih. sekarang Luna kat seremban. Jauh betul dia pindah.




Mimo ni anak Luna, dia aje yg kami bawak masa pindah umah baru. Mimo ni kucing kesayangan hubby aku. Dia dengan kami memang manja habis. Paling dia suka tido celah lengan. tak pernah gurau2 kasar.. tapi kalau kucing lain pandai2 masuk umah, mmg dia bantai abis. balik umah je mesti luka sana sini. Sekarang Mimo dah besar.. dah tak nak balik umah. rasanya dah ada anak bini kot. sekali sekala nampak kelibat dia kat keliling umah, tp panggil2 dia buat bodoh je.. humm geram aku.


Ni pulak Cici. Dia ni kucing adik ipar aku. Umur dia 5 thn ++. Jangan tertipu dengan kecomelan dia time ni. ni gambar 2thn lepas ni.. sekarang taik mata bertenyeh kat muka, nak cium pun tak lalu. Cici ni mmg jaguh kampung, satu kampung dia conquer.. termasuklah semua kucing2 betina. Cici ni cerdik jugak sbb dia kira kucing bercakap. Kita cakap mesti mengiau balas. Dia manja ngan adik ipar aku je, ngan org lain taknak. sampai sekarang dia ada lagi.


Ha ni pulak Choket. dia ni anak Cici. Kaler sepesen je ngan bapak dia. Perangai pun sama. tapi tak sempat bela lama coz dah hilang tak balik2. tak leh ler nak citer panjang2, nanti adik ipar aku sedih.. huhuhu


Haaa ni lah kucing yang aku bela sekarang. Nama dia Tuah. Kitorang ambik dia dr jiran atuk sedara kat Taman Perling. aku penah tunjukkan dia dalam entry sebelum ni. Ni lah kucing paling nakal yg aku penah bela. Hobi dia gigit sana sini. Tangan aku sampai berparut2 kena gigit ngan cakar, kira gurau kasar betoi. kalau nak tido nyenyak tgh malam, jangan le letak dia dalam bilik. paling suka lompat mengejut atas badan pastu suka gigit kaki ngan tangan. Last2 kena sepak terajang pastu letak luar bilik. Dia ni mmg kuat makan, memilih lak tu. Takdenye dia nak makan whiskas pelet.. mesti nak yg dalam tin punya. Demanding betul!

Tapi Tuah ni pon cerdik and makan ajar. Nanti aku upload video telatah si Tuah ni. mesti korang suka tengok.