nuffnang

Musim Luruh yang Mengasyikkan

Inilah musim luruh a.k.a autumn a.k.a fall kami..

kadang2 matahari bersinar terang, kadang2 mendung.. tapi lebih banyak hujan.

Daun2 mulai kuning.. gugur.. kering.. ibarat hati yang dikecewakan..

ada kalanya warna keemasan membangkitkan ceria..









Kalau tak bergambar dengan daun kuning tak sah ye autumn.. 


Auf Wiedersehen Herbst, Wilkommen Winter (Goodbye Autumn, Welcome Winter)


Belum sempat mengupdate gambar2 bermain daun2 kuning, tup2 dah nak masuk winter.

Rasa sekejap benar autumn, tiba2 saja suhu dah jatuh mengejut dari belas2 darjah ke hampir negatif celcius.



Dan hari ini 27 Okt, salji dah pun turun di kampung aku ni.



Walaupun kalau kedua jumpa salji, tetap excited beb! Kawan2 Malaysians yang lain pun walaupun dah duduk bertahun kat sini pun sama.

Winter sepatutnya bermula 21 Disember, tapi nampaknya macam mula awal tahun ni. I wish snowfall yang lebat this year. Yang paling best bila ada snow ni, suhu takde la sejuk sangat. Kuasa Allah yang menjadikan sesuatu dengan sebaik2 kejadian. Macam awal tahun ni, suhu drop sampai -16Celcius macam yang cerita kat SINI.


Ni gambar pagi 27 Okt, salji tengah turun tapi sampai kat tanah dah terus cair.. so tak payah la nak mengharap nak tengok kereta kena cover dengan salji. Kena tunggu betul2 lebat dulu.. 

Ok, dah nak tidur.. dah pukul 12.30 pagi waktu Germany, nanti pukul 3 pagi bermulalah Daylight Saving. Nanti2 aku cerita.


Aidiladha 2012

Pertama kali lepas kawen aku sambut raya haji di perantauan, Ececeh.. sedih bonar dongarnyo.. Raya haji je pun kannn.. padahal dulu zaman study time raya haji tak pernah pun balik kampung. 5 tahun study kat Johor, 5 tahun jugak la beraya 'di perantauan'.

Lepas abis study, kawen.. pastu tiap2 tahun mesti balik beraya kampung hubby. Jadi memang la takde kisah sangat pun beraya atau tidak. 

So untuk mengelakkan ada orang rindu-rinduan di pagi raya, maka dengan semangatnya aku menggoogle resepi2 yg cincai2 a.k.a simple merujuk kepada bahan2 yg sedia ada kat dapur..

Maka... terhasillah...



Nasi impit dan rendang daging ala2 bini wak jemen masak. Ni first time masak tau! kalau tak jadi tukang makan je. Resepi? pandai2 cari sendiri.. hehe

Komen ?  

Nasi impit - agak fail.. terlembik sikit..

Rendang - selepas di'alter' oleh enchek suami, mmg superb!


Boleh la nak makan sendiri, nak jamu orang belum tentu!