nuffnang
Takziah kepada Keluarga Datuk Sosilawati dan Rakan-rakan
Andai benar Datuk Sosilawati Lawiya dan rakan-rakannya kena bunuh, takziah aku ucapkan kepada keluarga mangsa. Kesian sangat2.. tengah bulan Syawal ni dapat berita yang sedih. Apapun kita masih mengharap mereka pulang dengan selamat walau hakikatnya harapan tu sangat la tipis.
Dan tak kira siapa pun mayat yang dijumpai sekarang ni, al-Fatihah untuk mereka. Mereka berhak untuk meninggal dengan cara yang lebih baik tapi itu semua ketentuan Allah.
Mangsa yang hilang dan dijangka dibunuh:
Datuk Sosilawati Lawiya, 47. pengasas NV
Kamaruddin Shansuddin, 44, pemandu peribadi
Noorhisham Mohammad, 38, pegawai bank CIMB Kampung Baru
Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, peguam peribadi.
Semoga penjenayah ini mendapat balasan yang sepatutnya..
Labels:
General Info
Selamat Hari Raya Aidilfitri
Kepada semua rakan2 blogger, blogwalker, silent reader yang berada di Malaysia mahu pun di luar negara.. kita melihat anak bulan yang sama..
Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir dan Batin
Lagi kes buang bayi
Ish laa memang dasar setan bertopengkan manusia. Hari tu kat Shah Alam.. ni dekat Pulau Pinang pulak.
Ni kes kat Shah Alam haritu..
yang Pulau Pinang.. keluar Metro harini..
Bukankah bulan Ramadhan ni patut jadi bulan kita bermuhasabah? Patutnya berseronok kutip duit raya anak2.. tapi tu lah.. kalau dah biasa buat dosa berzina.. dia dah tak kisah nak membunuh..
Semoga mereka mencari keampunan Allah satu hari nanti..
Subscribe to:
Posts (Atom)



