nuffnang

Cepat ler Hari Khamis (nak balik raya!)

Nak balik kampung..turn kampung hubby this year. Tahun ni penuh dengan kanak-kanak riang.Senang hati MIL tengok cucu2 dia. Rindu betul dengan budak2 ni.. tak sabau nak jumpe..

Kakak Zuyyin yang kepoh(chi)

Abang Ariq yang encem

dan adik Mikael yang bibam..

Makling, paklong, mak kude, pak ude, ucu, kak Yin, abg Ariq dan adik Mikael.. nantikan kepulangan Adam yang booolat ini.. yihaaaa



Drp: Adam Mirza

p/s : Kecoh nor mak kau ni adam



Allah Berikan Yang Lebih Baik

Ada betulnya kata orang2 tua lama, kalau kita diuji, pasti ada ganjaran yang menyenangkan akan kita perolehi.

Alhamdulillah, aku tergolong dalam orang2 yang diberi ujian. Yang paling baru, masa dah masuk wad bersalin. Kereta hubby dipecah orang (kuang hajo betoi org ni) dan beg tangan aku dikebas. Iyolah takkan masuk sepital nak bawak beg tangan, cuma aku pegang IC je. Segala kad bank, buku ASB dlm tu. Duit tunai ada la dalam RM15 (huahuahua.. padan muka pencuri ni).. tapi yang sakit ati semua barang kemas aku satu set.. rantai, gelang tangan, cincin dalam beg tu (padan muka aku lak)..

Rindukan cincin2 itu..

Alhamdulillah, Allah gantikan dengan rezeki yang jauh lebih baik..
Si awang botak bermata bulat 

Dan alhamdulillah, ada hamba Allah jumpa dompet, buku ASB, kad matrik UTM dan pulangkan balik. Tak payah susah payah nak kena buat surat aku sumpah pulak..

Sahur oh Sahur

Citer minggu lepas..

Punya la letih melayan Adam satu hari, so sampai malam aku dah 'lepak' dan melepek..

nak masak untuk sahur pun tak larat, jadi minta tolong ayah adam yang encem tolong masakkan sambal udang.

Dodoikan adam dekat sejam baru nak tido.. ngan aku2 skali terlelap. Pukul 12 malam, aku alihkan Adam ke tilam dia, ada bau-bau sedap menusuk hidung.. ada pulak orang buat kuih malam2 ni.

Sekali kul 2 Adam nak susu, aku bangun basuh botol.Bukak je pintu lagi kuat sedap dan harum meremangkan bulu roma bau dia.. rupa2nya.. ni haaa..

|

|

|

|

|

|

|

|


Sambal udang hangit gara2 ayah adam kecikkan api dan lupa nak tutup.. Haishh.. dah la itu je lauk yang ada nak buat sahur. Last2 aku goreng nasi dengan ikan bilis. Syukurla tak terbakar rumah..