nuffnang

Our 4th Anniversary


Happy Anniversary to my beloved hubby. You are always my best friend.. 
Be a good hubby and daddy.. Love you always..



Empat Minggu Lagi



Betul, tinggal lagi 4 minggu, insya Allah. Seorang demi seorang bakal masuk ke labour room, atau kat mana2 yang sempat.


Tahniah kepada sahabat kami Juzmaliza yang telah selamat melahirkan baby girl 25-Mei lepas yang diberi nama Ariessa Sufeeya. Yang kelakarnya, aku pernah mengidam nak letak nama Arissa Safiyya kalau dapat baby girl.. nampaknya kena fikirkan nama lain lah.


Ariessa - copied from her daddy's FB.

Tipu kalau aku kata aku tak nervous, tipu juga kalau aku kata aku tak excited. Tapi itulah fitrah manusia, mengandungkan, melahirkan dan membesarkan sedaya upaya. Insya Allah, aku mahu menjadi ibu contoh.


Anak dalam perut ini yang menjadi keutamaan buat masa sekarang. Bukan lagi kerja yang melambak di ofis, bukan juga thesis writing aku yang terbengkalai. Mood betul2 down untuk buat semua itu. Mengikut perancangan, doktor O&G aku (Dr Suhaimi Hassan @ Hospital Penawar) menyuruh aku bersalin bila cukup 38 minggu, untuk mengelakkan sebarang risiko. Ohohoho.. sebulan je lagi.


Aku mengimpikan bersalin normal tapi bergantung kepada keadaan baby. Kalau songsang, doktor dah sound awal2.. operate aje. Adesss.. Bagi aku rugi kalau c-sect, tak boleh beranak ramai. Tapi kena marah dengan hubby, katanya bagi keluar seorang yang ni dulu, bagi selamat aku dan baby. Nanti baru fikirkan berapa ramai yang aku nak dan boleh beranak. Kalau ada rezeki, adalah kan.


Saya yang bulat @ 32 weeks

Preparation untuk baby, consider 90% dah lengkap. Beg hospital pun dah siap (hoho macam tak sabar je!). Tinggal sikit je lagi nak kemas2 barang balik kampung. Maklumlah nak berpantang kat 2 kampung, Melaka sampai abis urut, pastu terus balik Kedah sebulan. OK la untuk sekarang, nanti update lagi.


Pregnancy%20ticker

Promosi AirAsia..

Sapa2 yang belum tau.. sekarang ni AA dok tgh buat promosi..
Apa lagi kalau bukan tiket free kan.. Tiket aje yang free.. bukan airport tax or luggage ok..


Aku ni mmg pantang dengar AA buat promo.. walaupun kekadang sangat keciwa dan sakit hati dengan servis AA ni.. Apa nak buat.. nak yg OK.. kenalah spend duit berganda amik service provider yang lain.. nak yg murah.. dapat je la AA.. tapi dia punya servis tu.. hmm.. 


tahun lepas aku dapat free seat dari JB ke Jakarta.. booking dari May 2009 untuk flight Mar 2010.. last2 masa January 2010 aritu dia cancel semua flight dr JB ke Jakarta.. huh.. terpaksa mintak balik duit aku..


Jadi, first day promo, aku tak ketinggalan masuk website dia.. mak datuk.. punya la jammed.. kira lucky la kalau boleh masuk webpage promo dia tu..




Asyik2 keluar "Buzz, buzz, buzz"... Ingat citer toy story ke hape..



Check punya check, aku pilih JB-KK.. sebabnya.. first tak pernah sampai sana.. second nak visit kakak ipar dan anak2 sedara kat keningau.. kitorang je yang belum sampai..
 Tiket RM 0 ye kawan2..



Lepas dah OK, asal nak ke next process je.. asyik kuar message camni.. paling sakit hati bila refresh.. value RM 0 tu dah terus ada harga.. orang lain dah grab daa..


Finally.. dapat ke page ni.. buang insurans..tinggal la RM70 utk 2 orang.. BERBALOI - BALOI.. hmm.. yang kecik kat dalam perut ni tak boleh nak register lagi.. AA nak register nama.. mcmana nak bagi.. belum daftar dengan JPN lagi.. hihihi..


So, terus buat direct debit.. potong dari CIMB.. status? Successful, but...


tak leh nak counter check status of booking.. asik kuar ERROR msg camni.. itinerary email pun takde.. pelik sungguh.. 


Last2 tadi (after 2 days) baru received email dari AA.. confirm la aku berjaya merebut seat kosong yang ada.. huahuahua.. 
Persoalannya.. 


adakah aku berjaya membawa diri ke sana?

Adakah AA akan menepati jadualnya? 


Adakah sang suami boleh cuti? 




Kita tunggu dah lihat ajalah..


Peace! ^_^