nuffnang

Layan Lagu Sempoi..

I would like to dedicate this song to my hubby.. Dia minat sangat then introduce lagu ni..




Ku Bukan Aku – Tilu Band






Lama sungguh hari berlalu
Hening malam menyiksaku
Bila bersendirian sepi jadi pilu

Kau pergi aku yang hilang
Sedikit pun hidup tak senang
Langit cerah ku renung mendung kelabu


Chorus
Kerana diriku bukan aku
Tiap kali kau menjauh
Fikiran tak keruan
Jiwa rasa kekosongan
Diriku bukan aku
Tiap kali kau menjauh
Pulangkan dia ke pangkuanku

Yang digemar menjadi bosan
Sukarnya cari ketenteraman
Bila hati bersedih semuanya tak betul

Ku cuba setabah hati melupakan
Dirimu dari ingatan
Tapi semakin di cuba semakin rindu

Ulang Chorus 2X

Third trimester Sudahhh..

Salam.. dah sebulan lebih tak menghupdate blog.. agak malas kebelakangan ni..


Just baru2 ni, terima request dari sahabat lama, mintak aku updatekan perkembanganku yg hampir sarat ni..


Thanks Fisya, yg sekali sekala tak jemu bertanyakan khabar.


Apapun, bukannya aku kurang 'bersemangat' nak bercerita, tapi cuma mengambil langkah berhati2 dengan kandunganku kali ini. Macam yang pernah aku ceritakan dulu.. jauh sudut hati kadang2 rasa risau teramat sangat, mana la tau rezeki itu masih bukan milikku. Ishhh.. tak baekkan pikir macam tu?


Tapi Alhamdulillah, bila aku ignorekan perasaan excited dan teruja ni.. diam tak diam aku dah cecah 31 minggu.. Syukur Alhamdulillah.. terasa benar masa tu cepat berlalu.. dah tinggal baper hari je lagi.. Semoga zuriat ini jadi milikku dan suami..


Sepanjang 6 bulan pertama, semuanya berjalan lancar. Aku betul2 elak tunjukkan ke'terujaan'ku sampai ramai yg tak tau aku pregnant. Masuk 6 bulan, ramai yg tegur aku dah gemok.. tapi aku senyum je. Maklumlah perut tak berapa nampak.. badan je yg naik.. huhuhuhu...


Last2 ada yg bertanya.. dan aku iyakan aje. Itu la prinsip aku selama beberapa bulan ni.. Korang tak tanya, aku tak citer. Lagi seronok simpan untuk diri sendiri.. Tak percaya? try la..


Selalu orang tanya aku.. kenapa tak pernah citer pun? Jawapan aku senang je..


Buat apa nak citer.. baru pregnant, belum beranak lagi.. insya Allah, kalau rezeki aku.. sama2 kita kongsi gembira.. kalau bukan rezeki, susah nak cari kawan kongsi derita.. Kalau dah tahu, doa2kan lah yang terbaik..


aku tak suka bila orang tanya aku berapa bulan? bila aku jawab.. mesti dapat komen negatif.. lebih kurang camni.. eh keciknya perut ko.. jawapan yang paling aku benci.. hello! jangan nak comparekan perut korang dengan perut aku okay! aku ni tinggi, rangka besar.. byk lagi space baby nk buat sommersault tau.. janji tiap2 kali scan berat baby ikut chart.. 


Sekarang kalau org tanya lagi, jawapan selamat aku.. tak lama lagi.. tak payah tak bgtau brp-brp bulan.. mulut orang mana kita boleh control.. janji cukup time korang sediakan hadiah.. wahahaha...


Barang2 baby dah beli sikit2.. nanti la update ye.. rasa nak bermalas-malasan atas katil.. bukak aircond kuat2.. baru best.. sejak sebulan lepas aku ni dah jadi puteri lilin.. tak boleh panas.. cepat je rase lemas plus sesak napas.. bil api naik la jawabnye.. 


nanti minggu depan aku update lagi citer2 mak buyung dengan buyung airnya.. korang doakan semua selamat ya?  




Pregnancy%20ticker

Sypultra Batch 9599 Cameron Outing

Last week, geng2 skolah aku buat reunion di Cameron Highlands, sempena 10 years tinggalkan SMS Tuanku Syed Putra.






Walaupun aku tak dapat join dek faktor jarak dan kesihatan, aku tumpang bangga dengan semangat kawan2 yang menjayakan program tak rasmi ni.


Credit to organizer - Miss Zuriana, Fisya and Sharlina.. dari sembang2 kosong akhirnya jadi kenyataan, dan melalui Facebook ramai yang dapat dikumpul.


Kat bawah ni aku rembat gambar2 dari Facebook.. credit to Na'e, Niza and Asroll.. at least boleh gak aku tgk2 aktiviti hangpa walaupun tak sampai..  oh sunggoh sedih!


Organizer tgh kira duit.. from left - Zuriana, Afifah and Fisya.

BBQ nite di malam Earth Hour


Arin and Ija, schoolmates yg bertemu jodoh..

Gadis2 dan mommies with cute babies..


Part of them..

Roomates ku yang .....

Geng2 bujang.. 



So dengaq cita, the next reunion nak buat kat Island.. harap2 boleh pegi.. really miss all of them!