Pagi raya,tika saat umat Islam bergembira, sahabatku menderita. Maaf kerna diri ini terlambat mengetahui tentang deritamu ini. Derita yang tidak kau duga di saat bahagia yang kau nantikan.
Dari awal dirimu disahkan hamil, kau telahpun memasang angan2 seperti bakal ibu yang lain. Pengalaman yang kau tempuhi dari saat-saat awal kehamilan hingga kandunganmu berusia 8 bulan, benar2 membahagiakanmu. Itu jelas dari coretanmu di dalam facebook tentang kelasakan anak itu di dalam rahimmu.
Sahabatku, terperanjat benar membaca coretan terakhirmu. Anak itu telah pergi! Pergi mengadap pencipta-Nya yang maha Agung. Terdiam aku memikirkan keadaanmu begini. Tidak pernah aku menduga ada sahabatku yang akan mengalami nasib yang sama denganku satu masa dulu.
Sahabat, beban yang kau tanggung hanya dapat difahami oleh orang-orang yang senasib denganmu. Orang lain hanya mampu berkongsi seketika, namun lama-kelamaan mereka lupa derita kita. Bila tiba saat itu, kau hanya mampu tersenyum tawar saat mereka bercerita tentang keletah dan kerenah anak-anak mereka.. dan hiba di hati tak siapa yang tahu. Mereka tidak membaca hati kecil kita, dan cuba memahami derita ini.
Sahabat, jangan sesekali kau merasa kandunganmu sia-sia. Itu anugerah tidak ternilai dari Allah. Dia telah memberi nikmat kepadamu - loya, muntah, sakit dan pening.. kemudian sakit segala badan, dan kemudian membesar perutmu. Dan kemudian diberi nikmat ditendang oleh kaki kecilnya, dan kau dilayan sebaik-baiknya oleh suami dan ahli keluarga sepanjang kandunganmu itu. Jangan kau merasa sia-sia segala sakit (nikmat) selama itu, kerana lahirnya sementara.. kerana itu seolah-olah menidakkan takdir-Nya, sedangnya masih ramai wanita di dunia ini yang tidak pernah merasakan nikmat itu.
Sahabat, jika kau mahu menangis, menangislah sepuas hatimu jika itu mampu meredakan perasaanmu ketika ini. Biarkan derita itu berlalu pergi kerana janji Allah sudah pasti. Anak kecil itu bakal menunggumu di pintu Syurga.. dan itulah bahagia yang menantimu di akhir nanti.
Sahabat, izinkan aku kongsikan nota ini, supaya menjadi ingatan kepada sahabat kita yang lain, dan semoga mereka mendoakan kita diberi nikmat untuk memulakan segala-segalanya.. sekali lagi..
Sahabat, suamiku pernah berkata, Selagi tidak lahir anak itu, belum pasti dia milik kita. Jika dia selamat dilahirkan, juga buka milik kita yang mutlak melainkan Allah semata-mata. Bersabarlah sahabat dan berdoalah. Pasti bahagia yang dinanti akan menjelma jua.
Salam sayang..
1815 : Water bed wife dah pecah. tapi skit. on the way to Dungun.
1908 : arrive home than berbuka puasa. water bed pecah byk. terus pergi hospital dungun after maghrib pray (solat jangan tinggal)
1730 : doktor still checking
2000 : serious case. admitted to HKT.
2200 : Doktor cakap tunggu sampai pg esok. than baru boleh buat decision. Wife still have no pain although water bed dah pecah. Something wrong with this trainee doctor.